Pecah Rekod, Filem Mechamato Kutip RM 30.7 Juta Selepas 22 Hari Tayang

Pecah Rekod, Filem Mechamato Kutip RM 30.7 Juta Selepas 22 Hari Tayang

Filem animasi yang sedang rancak ditayangkan di pawagam ketika ini, Mechamato Movie berjaya memecahkan rekod dan mencatatkan kutipan memberansangkan sejak mula ditayangkan kira-kira sebulan yang lalu.

Terkini, menerusi satu hantaran facebook rasmi Mechamato, filem berkenaan difahamkan berjaya melepasi angka kutipan RM 30 juta apabila berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM 30.75 juta selepas 22 hari ditayangkan di pawagam.

Kutipan ini tidak mengejutkan kerana sememangnya sudah dijangka dan hanya menunggu masa untuk diumumkan. Menerusi kualiti animasi yang diterjemahkan di layar perak, ia bukan sahaja menarik minat kanak-kanak malah turut ditonton oleh golongan dewasa.

Menerusi perkongsian di akaun facebook Mechamato, pihak produksi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi dorongan kepada filem-filem animasi tempatan sehingga mampu mendapat kutipan luar biasa.

“Alhamdulillah dan terima kasih! #MechamatoMovie terus bertarung di pawagam dengan dorongan dan sokongan korang semua! Jom #SapotLokal dan kita boleh terus cemerlang, setanding animasi luar negara!”

Sempena Cuti Tahun Baru dan cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi, marilah kita menyerbu panggung wayang untuk menonton filem animasi ini dan menyokong semua filem animasi tempatan.

Sumber: Mechamato via Facebook

The post Pecah Rekod, Filem Mechamato Kutip RM 30.7 Juta Selepas 22 Hari Tayang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*