Batu Nisan Hilang: Penjaga Kubur Sedia Bekerjasama Dengan JAINJ & Polis 

curi batu nisan

Batu Nisan Hilang: Penjaga Kubur Sedia Bekerjasama Dengan JAINJ & Polis 

JOHOR BAHRU — Susulan laporan kes kehilangan batu nisan berlaku di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, Pandan baru-baru ini, kebanyakan penjaga dan sukarelawan di Bandaraya berkenaan sedia memberikan kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan pihak polis.

Rata-rata dari mereka turut mengesyorkan beberapa langkah bagi membantu dalam menangani masalah itu sekaligus ia tidak lagi berlaku pada masa hadapan, lapor Sinar Harian.

Ketua Kerja Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Danga, Shiransah Yusoff, 59, berkata bahawa kes kecurian batu nisan itu telah lama berlaku. Bagaimanapun, ia tidak berleluasa seperti kali ini.

Difahamkan, batu nisan itu dicuri di 11 kubur.

Sehubungan itu, Shiransah atau lebih dikenali sebagai Wan Ran memaklumkan jumlah kehilangan batu nisan itu jelas membuktikan  kes ini semakin menjadi-jadi dan perlu segera dibanteras.

“Memanglah kejadian hilang atau curi batu nisan ni dah lama berlaku… tapi taklah kritikal sampai 11 kubur hilang batu nisan macam kat Taman Istimewa tu.

“Oleh itu, kami sedia bekerjasama dengan pihak JAINJ dan polis bagi menyiasat perkara ini,” jelasnya kepada Sinar Harian semalam.

BACA JUGA: Gali Kubur & Rogol Mayat Remaja OKU, 17 Lelaki Disiasat Polis

Sementara itu, pembantu Shiransah, Hafiz Zulkifli, 31, berharap pihak polis dapat membuat pemantauan lebih kerap di tanah-tanah kubur di sekitar bandaraya dan juga di seluruh negeri Selatan itu.

Ia sebagai langkah mengelakkan kehilangan batu nisan itu lagi.

Tambah Hafiz, di setiap tanah-tanah perkuburan boleh menempatkan sekurang-kurangnya seorang anggota polis seperti yang dilaksanakan di masjid-masjid.

“Pada kebiasaannya, setiap masjid ada seorang pegawai polis yang jaga, ada buku untuk ditandatangani.

“Jadi, saya cadangkan agar perkara sama dibuat di tanah-tanah perkuburan. Sekali gus, akan wujud hubungan kerja sama antara pihak kubur dan polis,” katanya.

Menurut sukarelawan tanah perkuburan Islam Taman Mount Austin, Zainuddin Mohd Johan, 53, pihaknya sentiasa terbuka memberikan kerjasama kepada JAINJ dan polis bagi membendung masalah tersebut.

Jelasnya, dengan kerjsama yang diberikan, kes kehilangan batu nisan tidak lagi berlaku.

“Alhamdulillah setakat ni masih terkawal dan mudah-mudahan tak berlakulah perkara macam ini… mintak dijauhkan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan JAINJ dan polis. Lagi pun, kawasan ini terjaga 24 jam, akan sentiasa ada ‘orang’ di sini,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Batu Nisan Hilang: Penjaga Kubur Sedia Bekerjasama Dengan JAINJ & Polis  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*