Pekerja Singapura Kini Boleh Mohon Kerja 4 Hari Seminggu, Bekerja Dari Rumah

singapura kerja 4 hari

Pekerja Singapura Kini Boleh Mohon Kerja 4 Hari Seminggu, Bekerja Dari Rumah

Perkeja di Singapura kini mempunyai peluang untuk meminta diberikan jadual kerja yang fleksibel oleh majikan mereka, lapor WION News.

Kemudahan tersebut terkandung dalam garis panduan baharu Perikatan Tiga Pihak Untuk Amalan Pekerjaan Adil & Progresif (TAFEP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember ini.

Menerusi TAFEP, pekerja dibenarkan untuk memohon jadual bekerja empat hari seminggu, tempoh bekerja dari rumah yang lebih panjang dan jadual waktu kerja yang berperingkat.

Pekerja juga diberikan hak untuk memohon lokasi bekerja yang lebih fleksibel menjelang hujung tahun ini.

Walaupun tidak bersifat mandatori, majikan perlu menyediakan satu proses rasmi yang membolehkan pekerja memohon untuk mendapatkan jadual berkerja yang fleksibel itu.

Jadual kerja fleksibel, pekerja Singapura boleh mohon kerja 4 hari seminggu

Bagaimanapun, majikan mempunyai hak untuk menolak permintaan yang dibuat. Tetapi penolakan perlu disertakan dengan alasan yang munasabah.

Majikan misalnya boleh membuat penolakan sekiranya ia menyebabkan kos operasi meningkat, produktiviti turun mendadak atau tidak dapat dilaksanakan kerana sifat semula jadi satu-satu perkerjaan.

Namun begitu, majikan tidak dibenar membuat penolakan berdasarkan alasan tradisi yang diamalkan firma tersebut atau kepercayaan sesebuah pengurusan ke atas budaya kerja yang lama.

Sekiranya majikan enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan amaran dan akan dipanggil untuk bertemu dengan pelaksana TAFEP.

Tenaga buruh menjadi semakin perlahan ketika ini

Sementara itu, Menteri Tenaga Manusia Singapura, Gan Siow Huan berkata, TAFEP diperlukan selepas mengambil kira keadaan pasaran buruh yang dijangka semakin ketat dan pertambahan tenaga kerja yang semakin berusia.

TAFEP juga bertujuan untuk mengekalkan tenaga kerja sedia ada dalam pasaran dan penyesuaian terhadap perubahan trend budaya kerja semasa.

Tambah Huan, kelompok pekerja terdiri daripada pekerja wanita, pekerja senior dan pekerja yang menggalas tanggungjawab mengasuh antara yang diberi keutamaan menerusi garis panduan tersebut.

Ia sekaligus dapat mengelak mereka daripada mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sekiranya berdepan kesukaran untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing akibat kekangan jadual kerja yang tidak fleksibel.

Menurut Channel News Asia, kira-kira satu daripada empat rakyat Singapura akan berumur 65 tahun ke atas menjelang 2030.

Manakala kadar pekerjaan bagi tenaga kerja berumur 65 tahun dan ke atas pada tahun lepas adalah sebanyak 30.6 peratus.

Walaupun penglibatan wanita dalam tenaga kerja meningkat kepada 76.6 peratus pada tahun lepas, tetapi masih terdapat kira-kira 260,000 wanita pada usia bekerja di negara itu tidak terlibat dengan apa-apa pekerjaan.

BACA: Dubai Banjir, Jumlah Hujan Untuk Dua Tahun Turun Dalam Tempoh 24 Jam

The post Pekerja Singapura Kini Boleh Mohon Kerja 4 Hari Seminggu, Bekerja Dari Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*