Tak Perlu Panggang Berpusing, Ini Resepi Mudah Nak Buat Shawarma Di Rumah

Mengidam Makanan Arab? Anda Boleh Cuba Resepi Shawarma Mudah Di Bawah

Tak Perlu Panggang Berpusing, Ini Resepi Mudah Nak Buat Shawarma Di Rumah

Makanan Arab merupakan antara juadah yang digemari rakyat Malaysia disebabkan rasanya yang lazat dan mudah ditemui.

Selain itu, saiz makanan yang disediakan juga mengcukupi untuk membuat kita merasa kenyang untuk tempoh yang lama.

Antara makanan Arab yang popular di Malaysia adalah seperti nasi arab Maqluba, nasi arab Kabsah, kunafa, falafel, hummus dan sebagainya.

Namun, jika ditanya kebanyakan rakyat Malaysia, rata-rata mereka menggemari makanan jalanan asal Arab yang dikenali sebagai shawarma.

Jika dilihat dari segi luaran, shawarma kelihatan mirip seperti buritto, satu hidangan sepinggan lengkap dari Mexico.

Menurut Julie Cafe Bakery, shawarma merupakan hidangan yang berasal dari wilayah Levant, yang terdiri daripada Palestin, Syria, Jordan, Lubnan dan Syria.

Makanan dari wilayah  Levant ini telah meraih meraih populariti mendadak sewaktu pemerintahan empayar Uthmaniyah.

Teknik memasak daging dalam susunan menegak dengan memanggangnya secara berpusing telah bermula sejak zaman ini.

Sehingga ke hari ini, teknik masakan daging yang unik itu masih dikekalkan oleh banyak restoran yang menjual shawarma di seluruh dunia.

Menariknya, nama ‘shawarma’ bagaimanapun berasal daripada bahawa Turki yang bermaksud berpusing. Perkara ini merujuk keseluruhan proses memasak yang sentiasa memusingkan daging secara perlahan-lahan di depan sumber haba.

Kenapa shawarma begitu digemari oleh kebanyakan orang?

Hidangan ini begitu digemari dalam kalangan orang ramai, khususnya pelajar universiti kerana mampu dimakan di mana-mana jua kita berada.

Selain boleh dimakan di mana-mana sahaja tanpa memerlukan sebarang kutleri, hidangan ini juga mampu memberikan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama.

Oleh sebab itu, kebanyakan orang akan sentiasa merasa nostalgia terhadap hidangan yang telah ‘menemani’ mereka sewaktu berada di alam universiti.

Untuk memenuhi rasa rindu anda terhadap hidangan ini, kita akan mempelajari resepi mudah untuk membuat shawarma sendiri di rumah.

Bagi resepi ini, anda tidak sama sekali perlu membeli set pemanggang khusus untuk memasak daging ayam, hanya perlu gunakan kuali biasa sahaja.

Pertama sekali sediakan bahan perapan ayam yang terdiri bahan A dan bahan B seperti yang tertera di bawah.

Bahan A
  • 1 dan 1/2 sudu besar yogurt aslu
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 sudu makan munyak
Bahan B
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 dan 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh sebuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu teh serbuk shawarma
  • 1 dan 1/2 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu teh chili flakes
  • 2-3 sudu besar jus lemon

Campurkan Bahan A dan Bahan B (kecuali chilli flakesdan jus lemon) dalam satu bekas yang sama dan gaulkan sehingga rata. Apabila campuran sudah rata, barulah taburkanchili flakes dan perahkan jus lemon ke atas campuran tersebut.

Seterusnya, gaulkan campuran tersebut sekali lagi sehingga rata dan menghasilkan aroma yang harum dan bahan perapan ayam sudah pun siap.

resepi shawarma mudah
Kredit: TikTok

Bagi ayam pula, sediakan ayam seberat 500 gram dalam bentuk filet yang bebas tulang. Ambil setiap filet dan salutkan pada bahan perapan yang disediakan sebelum ini.

Selepas filet tersebut telah disalut dengan bahan perapan, masukkan filet ayam tersebut ke dalam sebuah mangkuk besar. Ulang langkah yang sama sehingga semua filet ayam disalut dengan bahan perapan.

Setelah semua filet ayam telah disalut dengan bahan perapan, tutup mangkuk yang digunakan untuk meletakkan filem ayam tadi dengan menggunaka plastik pembungkus.

Perap filet-filet ayam berkenaan sekurang-kurangnya dua hingga jam bagi memastikan bahan perapan dapat meresap dalam daging ayam tersebut.

Resepi mudah ini tak perlu pakai pemanggang shawarma, pakai kuali pun masih jalan

Seusai filet ayam tersebut telah diperap dalam jangka masa yang agak lama, filet tersebut sudah boleh dimasak di atas kuali.

resepi shawarma mudah
Kredit: TikTok

Sediakan kuali yang berbentuk leper dan letakkan kira-kira dua sudu besar minyak masak di atasnya.  Apabila minyak sudah cukup panas, letakkan filet ayam yang telah diperap tadi di atas permukaan kuali.

Masak filet berkenaan sehingga sempurna. Anda boleh membiarkan filet tersebut masak di atas kuali dan membalikkannya setiap tiga hingga lima minit.

Setelah masak, filet ayam perlu dipotong-potong dalam bentuk hirisan sebelum diletakkan di atas roti pita.

Bagi pemilihan roti, anda boleh memilih untuk menggunakan sama ada roti pita mahupun tortila kerana kedua-duanya hampir sama.

Sebelum meletakkan hirisan ayam di atas permukaan roti, anda perlu meletakkan beberapa bahan seperti sos cili, mayonis, hirisan daun salad, bawang, zaitun dan tomato dia atasnya.

Selepas meletakkan bahan-bahan di atas, barulah anda boleh meletakkan hirisan ayam dan sos tzatziki di atasnya dan menggulungkannya.

Ada yang memilihkan untuk mamanaskan bahagian luaran shawarma sebelum memakannya, ada juga yang memilih untuk memakannnya terus.

resepi shawarma mudah
Kredit: TikTok

Semuanya bergantung pada kreativiti dan citarasa anda dan anda boleh mengubah suai sedikit resepi untuk memenuhi deria rasa anda.

@misty.kitchen

Ramadan Recipe 13 😍 #chickenshawarma #shawarmalovers #ramadancooking #foodie #alhamdulillahforeverything #mistykitchen #fyp #foryou

♬ Kayf Alhal – Rama Rubat

BACA: Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay

Selamat mencuba.

Sumber: @misty.kitchen via TikTok

The post Tak Perlu Panggang Berpusing, Ini Resepi Mudah Nak Buat Shawarma Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*