Pekerja Syarikat Perkapalan Taiwan Dapat Durian Runtuh, Bakal Terima Bonus 30 Bulan Gaji

Syarikat Perkapalan Taiwan bonus

Pekerja Syarikat Perkapalan Taiwan Dapat Durian Runtuh, Bakal Terima Bonus 30 Bulan Gaji

Pekerja syarikat perkapalan Yang Ming Marine Transport Corp. akan menikmati durian runtuh 30 bulan gaji pada pembayaran gaji akan datang.

Memetik Mothership, pemberian itu adalah sebagai tambahan kepada bonus 12 bulan yang telah diserahkan kepada pekerja Yang Ming pada awal tahun 2023 lalu.

Pemegang saham Yang Ming dilaporkan telah meluluskan pakej bonus NT2.3 bilion (RM340 juta) pada Jumaat lalu tulis Bloomberg, memetik Economic Daily News.

Menerusi emel yang dihantar ke Bloomberg, syarikat itu berkata bahawa peraturannya menentukan firma tersebut untuk mengagihkan sebanyak satu peratus keuntungan tahun sebelumnya kepada pekerja sebagai pampasan.

Walau bagaimanapun, jumlah yang diterima oleh setiap kakitangan adalah mengikut budi bicara syarikat.

Selain Yang Ming, sebuah lagi syarikat iaitu Evergreen Marine Corp turut bakal memberi bonus kira-kira 12 bulan gaji kepada pekerjanya.

Pakej bonus itu dianggarkan bernilai NT1.9 bilion (RM282 juta), tulis Taipei Times.

Terdahulu, pada bulan Mac, dilaporkan bahawa pekerja Evergreen akan menerima bonus 10 hingga 11 bulan gaji.

Pemberian itu susulan selepas bonus besar sebanyak 52 bulan yang diberikan kepada 3,100 tenaga kerjanya pada awal tahun ini.

Namun begitu, pembayaran bonus besar oleh syarikat perkapalan Taiwan itu mungkin akan berakhir pada tahun ini.

Ini kerana keuntungan bagi kedua-dua syarikat Yang Ming dan Evergreen dijangka menjunam sebanyak 99 peratus pada tahun ini.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) mengumumkan berita gembira apabila bakal mengagihkan bonus sebanyak lapan bulan gaji kepada kakitangannya yang layak.

Bonus lapan bulan gaji itu merangkumi bonus perkongsian untung sebanyak 6.5 bulan dan bonus ex-gratia sebanyak 1.5 bulan.

Menurut laporan CNA, pemberian bonus berkenaan susulan kejayaan SIA mencatatkan keuntungan luar biasa sepanjang tahun lepas.

“Bonus yang diumumkan ini berdasarkan formula perkongsian bonus keuntungan tahunan yang dipersetujui bersama dengan kakitangan kami,” kata SIA.

SIA pada Selasa mengumumkan syarikat mencatatkan keuntungan tahunan kira-kira S$2.16 bilion (RM7.29 bilion) untuk tahun kewangan 22/23. Keuntungan itu berlaku selepas kerugian selama tiga tahun berturut-turut.

Keuntungan tersebut juga menyaksikan syarikat berkenaan merekodkan pemulihan daripada kerugian bersih RM 3.12 bilion pada tahun lepas.

Sumber: Mothership

The post Pekerja Syarikat Perkapalan Taiwan Dapat Durian Runtuh, Bakal Terima Bonus 30 Bulan Gaji appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*