Pelajar Asnaf USIM Terima Bimbingan Keusahawanan Bersama Khairul Aming

Pelajar Asnaf USIM Terima Bimbingan Keusahawanan Bersama Khairul Aming

Nilai – Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terlibat dalam menjalankan operasi inkubator bakeri dan kafe, Genba Bakery USIM bertuah apabila menerima bimbingan keusahawanan daripada pempengaruh masakan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming bertempat di Genba Bakery USIM, Nilai Impian baru-baru ini.

Kerjasama dalam perniagaan bakeri (from zero) yang telah berjalan pada awal bulan Ogos ini melibatkan penentuan hala tuju kerjasama dan sumbangsaran idea tentang rangka kerja perniagaan bakeri yang bakal dijalankan dengan bantuan daripada Khairul Aming sendiri.

Melalui bimbingan keusahawanan ini juga, personaliti internet tersebut akan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan bermula
daripada fasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), persediaan dan memulakan perniagaan, kaedah pengeposan barangan serta strategi pemasaran secara dalam talian yang akan memberi manfaat kepada 80 orang peserta inkubator yang terdiri daripada pelajar asnaf.


Khairul Aming berkata, pemilihan Genba Bakery USIM untuk tujuan bimbingan ini adalah signifikan berikutan inisiatif Genba Bakery USIM sendiri yang mahu membantu mahasiswa dalam kalangan B40 untuk mengenali dunia keusahawanan serta mencari pendapatan sampingan di universiti.

Selain itu, menurut beliau, peluang yang ada ini memerlukan pendedahan kepada mass market. Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang sama beliau terpanggil untuk bersama dalam usaha ini. Genba Bakery sebelum ini mendapat tajaan dana zakat berjumlah RM500,000
daripada Maybank Islamic Berhad selain turut mendapat kerjasama daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM.

Sehingga kini terdapat dua cawangan Genba Bakery USIM yang telah memulakan operasi dengan sebuah bakeri berada di dalam Kampus Nilai USIM yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 15 April tahun lalu.

Sumber: USIM

The post Pelajar Asnaf USIM Terima Bimbingan Keusahawanan Bersama Khairul Aming appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*