Cikgu Bersara Buat Cabutan Bertuah, Pelajar Menang Pakej Umrah

Cikgu Bersara Buat Cabutan Bertuah, Pelajar Menang Pakej Umrah

Seorang guru ternyata mempunyai cara yang tersendiri untuk meraikan persaraannya sebagai seorang pendidik.

Menurut Sinar Harian, seorang guru di SMK Wakaf Bharu mengadakan cabutan bertuah dan seorang pelajar Tingkatan Dua diumumkan sebagai pemenang cabutan tersebut.

Mohd Danial Hakim Faiz Teng, 14, ternyata tidak dapat menahan sebak apabila pengacara majlis memanggil nombor 118 miliknya.

Kredit: Sinar Harian

Dia sama sekali tidak menyangka, hadiah yang menjadi idaman lebih 800 orang pelajar itu ditakdirkan menjadi miliknya pada hari tersebut.

Anak sulung daripada dua adik-beradik itu turut menyifatkan sebagai satu mimpi apabila berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah tidak lama lagi.

“Saya tidak pernah berjalan jauh, malah kapal terbang pun tak pernah naik.

“Alhamdulillah, rasa macam tidak percaya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mohd Danial juga tidak sabar untuk berkongsi berita gembira tersebut dengan ibunya Norhidayu Zulkifli, 38.

BACA: Sentiasa Peka & Beringat, Ketahui Petanda Awal Kejadian Kepala Air

Menurut guru yang bersara wajib, Ahmad Zaki Mohamed Amin, 60, memberitahu, sempena tamat perkhidmatannya sebagai seorang pendidik, beliau ingin membuat kelainan untuk memberikan kenangan indah kepada pelajarnya.

“Pelajar tersebut akan terbang menunaikan umrah bersamanya semasa cuti sekolah pada Disember.

“Semua kos ditanggung termasuk wang poket RM500 juga akan diberikan,” ujar guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam itu.

Kredit: Sinar Harian

Ahmad Zaki yang juga seorang mutawif, akan membimbing sendiri Mohd Danial Hakim semasa di Tanah Suci nanti.

Beliau turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilupakan sebagai seorang pendidik.

Dalam pada itu, majlis persaraan berkenaan turut dihadiri isteri Ahmad Zaki, Zarila Zakaria, 51, serta ahli keluarga yang lain.

Majlis persaraan berkenaan disambut dengan penuh gilang-gemilang dan beliau berharap ia menjadi satu memori indah yang akan dikenang warga sekolah itu sampai bila-bila.

Kredit: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

The post Cikgu Bersara Buat Cabutan Bertuah, Pelajar Menang Pakej Umrah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*