Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Selepas Dikatakan Terjun Bangunan Sekolah

PUTRAJAYA, 6 Jan (Bernama) — Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cedera parah selepas dikatakan terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Sepang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah selepas pelajar berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala oleh guru di sekolahnya pada kira-kira 10 pagi.

Menurutnya remaja berusia 15 tahun itu kini dirawat di Hospital Putrajaya dan berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata ada saksi mendakwa melihat pelajar terbabit berada di kaki lima tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum terjun.

Wan Kamarul Azran berkata pihaknya dimaklumkan pelajar itu telah beberapa kali menjalani sesi bimbingan dan kaunseling daripada pihak sekolah kerana mengalami kemurungan ketika di sekolah.

BACA: Syamsul Yusof Kongsi Berita Gembira, Sah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

Sumber: BERNAMA

The post Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Selepas Dikatakan Terjun Bangunan Sekolah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*