Pelajar Vokasional Malaysia Finalis Top 50 Global Student Prize 2023

pelajar malaysia global student prize

Pelajar Vokasional Malaysia Finalis Top 50 Global Student Prize 2023

PELAJAR Malaysia ke persada dunia! Itulah frasa paling tepat boleh ditujukan buat seorang pelajar dari Keningau, Sabah yang diumumkan sebagai Top 50 Finalist of Global Student Prize dan bakal memenangi hadian lumayan USD100,000 (RM454,000)!

Nazieha Jasnie, pelajar jurusan bakeri dan pastri dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah telah terpilih sebagai salah seorang calon antara 50 terbaik bagi anugerah Global Student Prize tahun 2023 anjuran Varkey Foundation yang berpusat di United Kingdom (UK).

Difahamkan, ia adalah anugerah pelajar paling berprestij di dunia dan Nazieha Jasnie merupakan satu-satunya pelajar dari Malaysia yang berjaya melayakkan diri untuk anugerah tersebut pada tahun ini.

Penyertaannya bukanlah semudah yang disangka. Seramai lebih 3,851 pencalonan dihantar dari 122 buah negara dari seluruh dunia, bagaimanapun hanya 50 yang terbaik sahaja yang disenarai pendek.

Apa kelebihan Nazieha?

Ilmu yang dipelajari sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas, semuanya dicurahkan kembali kepada masyarakat atas nama bakti kemanusiaan. Demikianlah seperti yang dilakukan anak muda ini.

Gambar: ihsan Kolej Vokasional Keningau

Nazieha menggunakan segala kemahiran yang dipelajari dalam bidang bakeri untuk melaksanakan projek komuniti yang disasarkan buat golongan ibu, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Difahamkan anak muda ini mengajar golongan tersebut cara-cara menyediakan kuih dan kek daripada bahan-bahan yang mudah didapati, sekali gus mampu mencipta peluang pekerjaan dan sumber pendapatan mereka.

Miliki produk biskut sendiri di usia muda

Meskipun masih berstatus pelajar usianya masih muda, itu tidak menghalang Nazieha untuk menjadi usahawanita dengan menjalankan perniagaan biskut jenamanya sendiri, iaitu Tia Cookie.

Menariknya, hasil kerja keras mengusahakan jualan biskut tersbeut, Nazieha menggunakan keuntungan daripadanya untuk membiayai perjalanannya ke Bali Indonesia pada 2022 bagi menyertai pertandingan inovasi secara bersemuka.

Dalam masa sama, Nazieha juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pengumpulan dana untuk membantu pelajar lain menyertai pertandingan kemahiran di Sarawak dan Semenanjung Malaysia melalui penjualan roti serta masakan panas.

Gambar: ihsan Kolej Vokasional Keningau

Selain itu, anak muda ini juga turut aktif menyertai persidangan penyelidikan, pertandingan penciptaan kandungan serta pertandingan inovasi secara jarak jauh dan dalam talian.

Difahamkan Nazieha tidak berseorangan sepanjang dirinya fokus meniti hala tuju pembangunan dirinya, hal ini kerana dia juga turut membimbing ramai rakan sekelasnya untuk menyertai aktiviti-aktiviti berkenaan bersama-sama.

Bukti pendidikan vokasional sangat relevan masa kini

Gambar: ihsan Kolej Vokasional Keningau

Siapalah yang tidak gembira apabila sudah tersenarai dalam finalis? Itulah perasaan Nazieha kini kerana telah berjaya tersenarai sebagai finalis bagi sebuah anugerah pelajar paling berprestij di dunia!

Justeru, Nazieha menganggap pengiktirafan tertinggi tersebut adalah sebagai bukti bahawa pendidikan vokasional sebenarnya masih sangat relevan dalam bidang pengajian pada masa kini.

Perkara ini turut diakui oleh Pengarah Koleh Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik yang turut berasa bangga dengan pencapaian pelajarnya itu yang berjaya ‘menjejakkan’ kaki ke persada dunia.

Malah dalam masa sama, beliau turut yakin dan optimis bahawa kejayaan dirangkul Nazieha ini boleh menjadi kayu ukur dalam meningkatkan lagi kemenjadian serta kebolehpasaran graduan-graduan produk kolej vokasional di Malaysia.

Gambar: ihsan Kolej Vokasional Keningau

BACA JUGA: Pelajar Malaysia No. 1 Global Dalam Peperiksaan ACCA

The post Pelajar Vokasional Malaysia Finalis Top 50 Global Student Prize 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*