Gelombang Geng Subuh Macam Jumaat Dah Sampai Singapura

geng subuh macam jumaat singapura

Gelombang Geng Subuh Macam Jumaat Dah Sampai Singapura

Kempen #GengSubuhMacamJumaat kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat susulan ramai mula mengambil inisiatif mengimarahkan waktu fajar di masjid.

Pengasas bersama Al Fajr yang ditubuhkan di Singapura, Donjany mula mengajak orang ramai untuk bersama-sama memenuhi masjid pada waktu Subuh dengan niat mahu membawa gelombang kempen itu di negara tersebut.

Dia yang kagum dengan kehebatan penyanyi Alif Satar berkata kempen tersebut merupakan satu fenomena terbesar yang terjadi di Malaysia pada ketika ini.

Disebabkan itu, dia mahu mengajak orang ramai di Singapura untuk laksanakan solat Subuh di masjid, dan jadikan ia sebagai satu gelombang kekal.

“Alif Satar kira dah berada di peringkat lain tau sekarang. Dia merupakan seorang penyanyi dan mampu untuk bawa orang solat Subuh di masjid.

“Masjid tersebut juga dipenuhi dengan orang. Solat subuh macam Jumaat adalah perkara yang berlaku pada ketika ini di Malaysia.

“Sekarang, saya mahu cuba jadikan ia satu gelombang di Singapura. Al Fajr pernah buat solat subuh di masjid, kemudian Fajar Walk. Masya-Allah, saya sangat gembira bila nampak ramai yang turun sertai kami pada ketika itu,” katanya dalam satu video yang dimuat naik.

BACA: “Cari Lima Kawan…” Alif Satar Kongsi Cara Ajak Orang Solat Subuh Guna Sistem ‘Multi Level Pahala’ 

Donjany berkata pihaknya juga telah mengajak beberapa kenalan dan menyediakan makanan bagi mereka yang hadir menunaikan solat Subuh di Masjid Yusof Ishak pada Sabtu.

“Pada kali ini, saya nak ajak ramai lagi orang untuk sertai solat Subuh di masjid bersama-sama, jalan semasa waktu Subuh dan selepas itu makan sekali.

“Saya telah ajak beberapa rakan saya untuk sertai seperti Sham Rahman dan Luqmanshi untuk berada bersama saya di masjid.

“Ia akan menjadi luar biasa jika orang ramai sertai kami pada kali ini.

“Tolong saya dengan tag kawan-kawan dan kongsi video ini di media sosial anda. Kita boleh ajak ramai lagi orang untuk sertai solat Subuh dekat Masjid Yusof Ishak Woodlands. Mari jadikan minggu pertama Januari 2024 yang istimewa,” ujarnya.

Kredit: @_donjany/Instagram

Menjengah di ruangan Instagram, Donjany berkongsi muat naik video orang awam di Instagram Story (Igs) selepas di tag di platform tersebut.

Difahamkan, kira-kira 4,000 penduduk menyertai kempen #GengSubuhMacamJumaat yang diadakan semalam sekali gus menjadikan Donjany berjaya mencapai objektifnya.

Sumber: @_NazriH/X

The post Gelombang Geng Subuh Macam Jumaat Dah Sampai Singapura appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*