Pelakon Siri Euphoria, Angus Cloud Meninggal Dunia 

Pelakon Euphoria Angus cloud meninggal

Pelakon Siri Euphoria, Angus Cloud Meninggal Dunia 

AMERIKA SYARIKAT — Pelakon dalam siri Home Box Office (HBO), Euphoria, Angus Cloud dilaporkan meninggal dunia pada usia 25 tahun, lapor BBC News.

Angus yang membintangi siri tersebut memainkan peranan sebagai seorang pengedar dadah Fezco “Fez” O’Neill difahamkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Oakland, California pada Isnin.

Menurut ahli keluarga pelakon itu dalam satu kenyataan, mereka meluahkan rasa sedih dengan pemergian Angus.

“Berat hati untuk kami mengucapkan selamat tinggal kepada insan hebat pada hari ini,” kata pihak keluarga.

Tambahan lagi, keluarga itu masih diselubungi rasa hiba selepas pemergian bapa Angus minggu lalu.

Mendiang juga turut menghadiri majlis pengebumian tersebut di Ireland.

Pemergian pelakon Euphoria itu disifatkan oleh ahli keluarga itu seperti pertemuan semula Angus bersama bapanya kerana hubungan mereka yang sangat akrab.

“Kami berharap orang ramai akan sentiasa mengingati jenaka, ketawa dan kasih-sayangnya terhadap semua orang,” kata ahli keluarga Angus.

BACA JUGA: Pelakon, ‘Mat London’ Meninggal Dunia

Walau bagaimanapun, butiran berhubung kematian Angus masih belum didedahkan.

Sementara itu, khabar tentang kematian pelakon itu turut mendapat perhatian HBO.

“Kami berasa sangat sedih apabila mengetahui berita mengenai pemergian Angus Cloud.

“Dia sangat berbakat dan merupakan sebahagian daripada keluarga HBO dan Euphoria.

“Kami mengucapkan takziah kepada rakan-rakan dan keluarga beliau dalam tempoh yang sukar ini,” kata HBO dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu pemergian Angus juga mendapat perhatian dari rakan-rakan artis yang mengucapkan takziah terhadap pemergian pelakon berusia 25 tahun itu di patform media sosial.

Kerjaya Angus Cloud

Sejak kecil, bakat Angus dalam bidang lakonan sudah jelas apabila dia terlibat dalam dua filem North Hollywood dan The Line.

Bukan sahaja itu, dia juga pernah tampil dalam video muzik artis seperti Becky G, Karol G dan Juice WRLD.

Walau bagaimanapun, namanya ‘meletup’ selepas membintangi filem Euphoria sebagai Fez.

BACA JUGA: Dilapor Hilang Sejak 9 Hari Lalu, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang

Sumber: BBC News

The post Pelakon Siri Euphoria, Angus Cloud Meninggal Dunia  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*