Pelakon Siri Friends, Matthew Perry Meninggal Dunia

Matthew Perry Meninggal Dunia

Pelakon Siri Friends, Matthew Perry Meninggal Dunia

Pelakon Amerika Syarikat, Matthew Perry dilaporkan meninggal dunia pada usia 54 tahun, lapor AFP.

Media tempatan melaporkan bintang siri Friends itu ditemui oleh pembantunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di rumahnya di Los Angeles.

Menurut laporan Los Angeles Times dan TMZ, hasil pemeriksaan mendapati, tiada sebarang tanda-tanda pergelutan ke atas mendiang.

Walau bagaimanapun, punca kematian masih belum diketahui.

Sebelum ini, mendiang difahamkan telah hadir ke klinik pemulihan beberapa kali bagi mendapatkan rawatan ekoran mengalami masalah ketagihan terhadap ubat tahan sakit dan alkohol selama bertahun-tahun.

Pada 2018,  mendiang mengalami masalah kesihatan termasuk pecah kolon dan perlu menjalani pembedahan selama tujuh jam. Susulan itu, Perry terpaksa bergantung terhadap penggunaan beg kolostomi selama berbulan-bulan.

Dalam memoir Friends, Lovers and the Big Terrible Thing yang diterbitkannya pada tahun lalu, Perry mengatakan bahawa telah membelanjakan sekitar $9 juta (RM43 juta) untuk merawat masalah ketagihan yang dihadapinya termasuk 65 kali detoks.

Karier Matthew Perry

Matthew Perry dilahirkan di Massachusetts, Amerika Syarikat. Ibu bapa mendiang merupakan warganegara Kanada dan Amerika. Pada awalnya, Perry tinggal di Kanada sebelum berpindah ke Los Angeles dan dibesarkan di sana.

BACA: Penyanyi, Bad Indigo Meninggal Dunia

Mendiang mula mencipta nama selepas membintangi siri komedi Friends dengan memegang watak sebagai Chandler Bing. Siri berkenaan mendapat perhatian ramai khususnya di NBC sejak 1994 hingga 2004.

Wataknya tersebut telah mendapat perhatian ramai di seluruh dunia kerana lawak bersahaja yang dilakonkan.

Selain rancangan televisyen berkenaan, Perry juga membuat beberapa penampilan dalam filem  seperti Fools Rush In dan The Whole Nine Yards.

Friends 

Rancangan komedi Friends mengisahkan tentang kehidupan enam warga New York dan ia bertemakan percintaan, kerjaya dan persahabatan.

Antara barisan pelakon yang turut membintangi rancangan ini selain Perry termasuklah Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer.

BACA JUGA: Terluka Kena “Friendzone”, Lelaki Saman Wanita Lebih RM 9 Juta Kerana Anggap Dirinya Cuma Teman Biasa

Sumber: AFP

The post Pelakon Siri Friends, Matthew Perry Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*