Undang-undang Texas: Pemandu Mabuk Yang Bunuh Ibu Bapa Perlu Tanggung Anak Mangsa

texas pemandu mabuk

Undang-undang Texas: Pemandu Mabuk Yang Bunuh Ibu Bapa Perlu Tanggung Anak Mangsa

Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri bagi memastikan kehidupan penduduk menjadi lebih teratur dan terjamin selain mengajak orang ramai untuk membuat keputusan yang memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara.

Kelebihan mempunyai undang-undang supaya imej negara terjaga selain mencipta kemakmuran antara masyarakat dan ia boleh dibentuk pada bila-bila masa sahaja mengikut ketetapan yang telah dibuat.

Houseb Bill 393: Pemandu mabuk perlu tanggung anak mangsa

Misalnya pada tahun lepas, Texas telah mengeluarkan satu undang-undang baharu yang dibuat khas untuk pemandu mabuk dan telah ditandatangani oleh Gabenor Republikan Greg Abbott pada Jun tahun lalu serta berkuat kuasa pada September 2023.

Menurut Rang Undang-undang Rumah (House Bill) 393, pemandu mabuk yang melanggar ibu bapa dan penjaga yang telah disabitkan kesalahan perlu menanggung nafkah kanak-kanak mangsa sekiranya mereka terbunuh.

Menjelaskan lagi tentang undang-undang tersebut, pemandu mabuk itu mestilah membayar pampasan ganti rugi kepada keluarga mangsa dan perlu menanggung kanak-kanak itu sehingga ia mencecah umur 18 tahun atau hingga menamatkan pengajian dari sekolah menengah.

Menerusi undang-undang negeri, ia mentakrifkan pembunuhan mabuk sebagai seseorang yang membawa pelbagai jenis kenderaan sama ada ia bermotor, mengendalikan pesawat, kapal air dan tunggangan bermotif hiburan atau memasang peranti hiburan mudah alih.

Dalam pada itu, undang-undang tersebut turut dikenakan pada individu berada dalam keadaan mabuk yang telah menyebabkan kematian orang lain secara tidak sengaja atau sengaja.

BACA: Putera Mateen Sah Jadi Suami Dayang Anisha

Mahkamah tentukan pampasan

Bayaran bulanan tersebut akan ditentukan pihak mahkamah dan ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk keperluan kewangan kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga yang masih hidup (jika ada) serta sumber kewangan pemabuk.

Mengikut undang-undang yang ditetapkan, bayaran perlulah dibuat kepada ibu bapa atau penjaga yang masih hidup, atau Jabatan Perkhidmatan Keluarga dan Perlindungan sekiranya kanak-kanak itu diletakkan dalam jagaan mereka.

Bagaimanapun, jika seseorang tidak dapat membayar ganti rugi kerana dipenjarakan, mereka perlu membayar pampasan selewat-lewatnya satu tahun selepas tarikh pembebasan.

“Pemabuk mesti membayar semua tunggakan tanpa mengira sama ada pembayaran restitusi dijadualkan telah ditamatkan semasa pesalah dikurung atau dipenjarakan pada pusat pemulihan,” kata undang-undang.

Sumber: CNN, House Bill 393, NBC News

The post Undang-undang Texas: Pemandu Mabuk Yang Bunuh Ibu Bapa Perlu Tanggung Anak Mangsa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*