Pelakon Suara “Chibi Maruko-chan”, Tarako Isono Meninggal Dunia

Pelakon Suara "Chibi Maruko-chan"

Pelakon Suara “Chibi Maruko-chan”, Tarako Isono Meninggal Dunia

Tarako Isono, pelakon suara legenda yang terkenal melalui watak Maruko dalam siri Chibi Maruko-chan dilapor meninggal dunia pada usia 63 tahun, lapor AFP.

Menurut firma pengurusan bakat dimana mendiang bernaung, Troubadour Musique Office, berkata Tarako meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dinyatakan.

“Tarako meninggal dunia pada 4 Mac 2024. Sejak awal tahun ini, dia masih bekerja sambil menahan sakit, namun keadaan kesihatannya merosot secara tiba-tiba,” kata Troubadour Musique Office dalam satu kenyataan.

Tambah firma pengurusan bakat itu lagi, pengebumian Tarako hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Namun begitu, rancangan sedang dijalankan untuk menganjur satu majlis perpisahan bersama orang ramai pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Suara mendiang menemani peminat Maruko-chan selama 34 tahun

Berlatarkan kawasan sub-urban di Jepun, Chibi Maruko-chan mengisahkan kehidupan seharian watak seorang kanak-kanak sekolah rendah.

Chibi Maruko-chan yang dicipta oleh mendiang Momoko Sakura bermula sebagai sebuah siri manga sebelum diadaptasi sebagai anime pada 1990. Selepas itu, anime berkenaan pantas berkembang sehingga menjadi terkenal di serata dunia.

Watak Chibi yang baik hati dan personaliti malasnya menyebabkan anime ini diminati segenap lapisan masyarakat merentasi pelbagai generasi.

Manakala, suara yang disumbangkan mendiang menjadikan Chibi Maruko-chan mampu bertahan dan terus menemani isi rumah, khususnya di Jepun, sepanjang 34 tahun ini.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Tarako, yang selama ini melakonkan suara Maruko dengan ikhlas hati hingga menjadi watak kegemaran semua,” kata Fuji TV yang menyiarkan anime berkenaan.

Kehilangan besar kedua berturut-turut bagi komuniti anime dunia

Dalam pada itu, berita pemergiaan mendiang merupakan kehilangan kedua berturut-turut kepada komuniti manga dan anime di seluruh dunia.

Semalam, komuniti berkenaan berduka selepas mangaka legenda, Akira Toriyama yang mencipta Dragon Ball dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mac lepas.

Media sosial, khususnya dalam kalangan pengguna di Jepun, rata-ratanya berbicara tentang kehilangan kedua-dua tokoh tersebut.

Kematian Akira misalnya mendapat perhatian meluas termasuk dalam kalangan beberapa pemimpin utama dunia

Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut memuat naik sekeping gambar potret yang tertera karakter utama siri Dragon Ball, Son Goku serta karakter Majin Buu. Potret berkenaan turut ditandatangani oleh Akira.

“(Potret ini) didedikasikan kepada Akira Toriyama dan jutaan peminat yang membesar dengan karyanya di seluruh dunia” katanya.

BACA: Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sumber: AFP

The post Pelakon Suara “Chibi Maruko-chan”, Tarako Isono Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*