Keracunan Ikan Buntal, Lelaki Warga Emas Disahkan Meninggal Dunia

Keracunan ikan buntal

Keracunan Ikan Buntal, Lelaki Warga Emas Disahkan Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU, 8 April (Bernama) — Seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun, yang mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal pada 25 Mac lepas, disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata mangsa adalah pasangan wanita berusia 83 tahun yang maut selepas memakan ikan itu pada waktu tengah hari, hari yang sama.

Beliau berkata terdahulu, lelaki itu dipindahkan ke wad perubatan pada Rabu lepas dalam keadaan sedar dengan tanda vital pesakit stabil meskipun dengan bantuan alat pernafasan dan diberi makanan melalui Tiub Ryle.

“Bagaimanapun, pada kira-kira 5.20 pagi tadi, dia dikesan dalam keadaan tidak responsif ketika jururawat menguruskan pesakit lain. Bantuan kecemasan telah diberikan serta-merta sebelum dia disahkan meninggal dunia pada 6.20 pagi,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Ling berkata jasad mendiang telah dihantar kepada Unit Forensik sebelum diserahkan kepada waris bagi tujuan pengurusan mayat.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sudah mengambil tindakan ketika laporan kes pertama diterima dengan menjalankan siasatan di lapangan, mengenal pasti pembekal, pemborong dan penjual yang terbabit dalam urus niaga ikan buntal itu.

“JKNJ telah dan akan mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan Jabatan Perikanan dan beberapa universiti tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perikanan serta toksin atau racun untuk mendapatkan penyelesaian secara menyeluruh berhubung isu ini.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

“Justeru, kerajaan negeri dan JKNJ meminta agar warga Johor untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan terutama jika ia mempunyai risiko yang telah diketahui,” katanya sambil menambah Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan juga sudah membuka kertas siasatan di bawah Akta Makanan 1983.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama pasangan warga emas yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang itu makan masakan berasaskan ikan buntal dengan mendapatkan bekalan daripada penjual secara pratempahan menerusi laman Facebook.

Pada 28 Mac lepas, Ling berkata seorang wanita warga emas meninggal dunia pada 25 Mac manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dipercayai akibat keracunan selepas memakan ikan buntal.

Susulan itu, pada 29 Mac lepas, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal yang tidak diketahui jenisnya kerana hampir semua spesies itu mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan secara tidak betul.

Sumber: BERNAMA

The post Keracunan Ikan Buntal, Lelaki Warga Emas Disahkan Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*