Pelakon Terkenal Korea Selatan Puji Kehebatan Harimau Malaya

pelakon korea selatan harimau malaya

Pelakon Terkenal Korea Selatan Puji Kehebatan Harimau Malaya

Persembahan memukau skuad Harimau Malaya di pentas Piala Asia Qatar 2023 baru-baru ini sememangnya masih terbayang di ingatan rakyat Malaysia.

Paling mendapat perhatian dunia adalah perlawanan terakhir Kumpulan E antara Harimau Malaya menentang Korea Selatan yang berkesudahan dengan 3-3.

Lebih-lebih lagi, Malaysia yang berada di kedudukan 130 dunia ketika itu berjaya mengikat pasukan pada kedudukan 23 dunia tersebut.

Biarkpun sekadar perlawanan ‘pelengkap jadual’, keputusan itu sudah cukup memberikan kegembiraan buat Ekor Harimau khususnya para pemain kerana berjaya mengikat salah satu gergasi bola sepak Asia tersebut di Stadium Al Janoub pada 25 Januari lalu.

Sehingga kini, perlawanan itu masih menjadi buah mulut termasuklah salah seorang pelakon terkenal Korea Selatan, Son Suk-ku dalam satu temu bual series A Killer Paradox.

Gambar: Video Tular

Sewaktu sesi berkenaan, pelakon berusia 41 tahun itu sempat bertanyakan latar belakang peminatnya.

Bagaimanapun, sewaktu mendengar negara asal peminatnya, iaitu Malaysia, Son terus menunjukkan ekspresi teruja.

Bahkan dia turut berbangga dengan pencapaian pasukan bola sepak dari Asia Tenggara itu.

“Malaysia? Awak dari Malaysia?

“Hormat kepada pasukan bola sepak kebangsaan anda (Harimau Malaya),” katanya kepada peminat dari tanah air itu.

BACA: Ni Fakta Pesawat BK 160 Gabriel, Yang Terhempas Di Klang

Malaysia Ikat Taegeuk Warrior Di Qatar

Sebelum ini, Malaysia berjaya mengikat pasukan ranking ke- 23 dunia itu dengan keputusan 3-3 dalam perlawanan akhir Kumpulan E Piala Asia 2023 Qatar.

Dalam perlawanan tersebut, Korea Selatan mendomonasi perlawanan dengan pemain tengah, Jeong Woo-yeong terlebih dahulu membuka jaringan pada mini ke-17. Gol tunggal tersebut bertahan sehingga tamat separuh masa pertama.

Walau bagaimanapun, skuad Kim Pan Gon turun dengan aksi yang lebih menyakinkan dan gol penyamaan terhasil menerusi gelecekan cantik Faisal Halim pada minit ke-51.

Malaysia mendahului Korea 2-1 apabila meraih sepakan penalti selepas Arif Aiman Mohd Hanapi dikasari pertahanan lawan. Arif Aiman tenang menyudahkan sepakan penalti tersebut.

Namun, kegembiraan penyokong ekor Harimau Malaya tidak bertahan lama apabila pemain Paris-Saint German, Lee Kang-in menyamakan kedudukan.

Bintang PSG itu berjaya menyumbat gol kedua itu menerusi sepakan percuma cantik. Perlawanan semakin mendebarkan apabila Korea Selatan dihadiahkan penalti pada masa kecederaan.

Son Heung-min kemudian menjalankan tanggungjawabnya untuk membolehkan Korea Selatan kembali di depan.

Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan 3-2, pemain gantian, Romel Morales muncil wira apabila menyamakan kedudukan 3-3 pada penghujung masa kecederaan.

Sumber: Video Tular

The post Pelakon Terkenal Korea Selatan Puji Kehebatan Harimau Malaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*