Pelakon Veteran Hong Kong, Richard Ng Meninggal Dunia 

Richard Ng Meninggal

Pelakon Veteran Hong Kong, Richard Ng Meninggal Dunia 

HONG KONG — Pelakon dan pelawak veteran, Richard Ng dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun semalam, lapor CNA.

Mendiang dipercayai menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan jantung.

Difahamkan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Richard menghidap pelbagai penyakit termasuk penyakit buah pinggang dan tahap pendengarannya semakin merosot.

Pada 2019, dia mendedahkan bahawa hanya 10 peratus buah pinggangnya yang masih berfungsi dan terpaksa menjalani dialisis empat kali sehari.

BACA JUGA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Tambahan lagi, dia turut menjalani pembedahan pada jantungnya.

Menurut laporan Dim Sum Daily, kematian mendiang disahkan oleh ahli keluarganya selepas dimaklumkan oleh doktor. Mereka telah diminta hadir ke hospital bagi mengucapkan selamat tinggal.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Susan dan empat anak, Alex Ng, Zoe Ng, Louise Ng dan Carl Ng.

Pendidikan Richard Ng

Untuk pengetahuan, Richard  menimba ilmu di London, England dan kembali semula ke Hong Kong pada tahun 1997.

Karier Richard Dalam Industri Seni

Richard Ng atau Richard Woo terkenal dalam industri televisyen tempatan suatu ketika dahulu. Namanya semakin dikenali ramai dalam siri komedi francais Lucky Stars.

Menurut media tempatan HK01 dan South China Morning Post (SCMP), figura itu popular dalam drama Hong Kong sewaktu era 1980-an dan 90-an.

Beliau pernah tercalon sebanyak dua kali dalam Anugerah Filem Hong Kong bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Winners and Sinners and Beyond the Sunset.

Antara nama-nama pelakon yang pernah bergandingan bersamanya termasuklah Jackie Chan, Michelle Yeoh, Andy Lau, dan Jet Li.

Beliau juga pernah membintangi sebanyak 80 filem dan drama termasuk The Private Eyes (1976), Murder Most Foul (1979), Winners and Sinners (1983), Lucky Stars dan banyak lagi.

Pada tahun 1990, mendiang telah bekerjasama dengan pengarah filem, Sammo Hung dan terlibat sekurang-kurangnya sebanyak lapan pembikinan filem. Ia termasuk Once Upon a Time in China and America (1997).

Sumber: CNA, Dim Sum Daily

The post Pelakon Veteran Hong Kong, Richard Ng Meninggal Dunia  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*