Pelanggan Maut Kereta Rempuh Kedai Makan

kereta rempuh kedai

SEREMBAN, 24 Nov (Bernama) — Seorang wanita warga emas yang sedang makan di sebuah kedai maut, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh kedai berkenaan di Taman Meranti, Bahau dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa Tan Joo Lan, 75, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Beliau berkata seorang lagi wanita berusia 35 tahun mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Jempol.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki berumur 78 tahun dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti, mahu meletakkan keretanya di hadapan kedai makan terbabit.

“Namun, dia secara tiba-tiba tertekan pedal minyak kenderaan menyebabkan keretanya bergerak ke hadapan sebelum merempuh dua wanita yang sedang makan di kedai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata pemandu kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video mengenai kejadian berkenaan turut tular melalui laman sosial hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post Pelanggan Maut Kereta Rempuh Kedai Makan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*