Wanita Terpaksa Batal Tempahan Pelanggan Lepas Tragedi Rumah Terbakar

tragedi rumah terbakar

Wanita Terpaksa Batal Tempahan Pelanggan Lepas Tragedi Rumah Terbakar

Kota Bharu – Rumah terbakar, pasangan suami isteri terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.

Memetik Sinar Harian, Raja Norhanani Norabidin Shah, 36, dan suaminya, Mohd Nasir, juga terpaksa menumpang di rumah ahli keluarga yang lain buat masa ini.

Tragedi Rumah Terbakar

Lebih memilukan, kebakaran itu turut menyebabkan kesemua peralatan elektrik dan memasak musnah serta mengalami kerugian yang dianggar mencecah lebih RM100,000.

“Kami terpaksa membatalkan kesemua tempahan pelanggan yang mungkin berharap untuk menjamu tetamu di rumah terbuka mereka,” katanya ketika ditemui di kediaman yang juga milik ibunya pada Ahad.

Dalam kejadian pada Khamis itu, suaminya telah mengalami patah kaki kanan akibat berlari menyelamatkan anak-anak dalam asap tebal sebelum mengetuk beberapa rumah jiran untuk memaklumkan kejadian itu.

Jelasnya, dia ketika itu tiba-tiba terdengar anak bongsunya menangis di ruang tamu bahawa sekitar jam 3.30 pagi.

“Saya kemudian bangun dan terkejut melihat kepulan asap tebal dan terus menjerit memanggil suami yang ketika itu tidur di ruang tamu.

“Pada masa sama saya melihat api di dapur sedang marak dan suami turut mengarahkan saya menelefon bomba sebelum dia keluar memaklumkan kepada jiran,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bersyukur kerana semua keluarganya selamat dalam kejadian tersebut.

Pun begitu, mereka sedang mengumpul kekuatan untuk memulakan kembali perniagaan yang diusahakan sejak 2017.

“Saya tidak tahu bila kami boleh tinggal semula di sini. Buat masa ini kami lima beranak menumpang sementara di rumah kakak di Banggol Chicha, Pasir Mas,” katanya.

Kanak-kanak Perempuan Rentung Dalam Kebakaran Rumah

Sebelum ini, bernama melaporkan seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran rumah dalam kejadian yang membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong pada 10 April lalu.

Mangsa G. Sri Laavanya, 7, meninggal dunia dalam kebakaran itu manakala neneknya melecur di tangan namun dilaporkan stabil.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Mohd Shakir Abdullah berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.19 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

“Sebaik tiba kami mendapati dua buah rumah yang terletak bersebelahan dengan setiap rumah berkeluasan 464 meter persegi sedang terbakar dan api marak, pihak bomba menjalankan operasi pemadaman.

“Kami turut menerima maklumat awal memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam rumah dan selepas kerja pemadaman selesai, pihak bomba menjalankan pemeriksaan dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan rentung,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Sinar Harian 

The post Wanita Terpaksa Batal Tempahan Pelanggan Lepas Tragedi Rumah Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*