Pemain Badminton Thailand Bangun Seawal 4 Pagi, Demi Berguru Dengan Misbun Sidek

pemain badminton thailand Misbun

Pemain Badminton Thailand Bangun Seawal 4 Pagi, Demi Berguru Dengan Misbun Sidek

Demi menuntut ilmu dengan legenda badminton negara, Datuk Dr. Misbun Sidek, tiga pemain remaja asal Thailand gigih bangun berlatih sejak awal pagi.

Perkara itu didedahkan oleh Kelab Badminton Nusa Mahsuri menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook kelab berkenaan.

“Tiga pemain remaja Thailand sanggup bersengkang mata bangun awal pagi demi menagih sentuhan ilmu legenda badminton negara, Datuk (Dr) Misbun Sidek.

“Seawal jam 4.30 pagi, Punnatat Prempunpong, Nuttanon Maku dan Tonkid Saeheng setakat hari ini tidak pernah gagal hadir menjalani latihan,” tulis perkongsian tersebut. 

Pemain badminton Thailand ke Langkawi, tagih ilmu Misbun Sidek

Malah ketiga-tiga pemain itu juga menunjukkan semangat yang tinggi selepas berguru dengan legenda ulung negara itu.

“Malah (ketiga-tiganya) semakin berkobar-kobar apabila memperolehi ilmu baharu di gelanggang yang disediakan oleh Misbun,” kata Nusa Mahsuri lagi.

Berdasarkan hantaran tersebut, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Misbun merupakan seorang pelatih badminton yang begitu disegani dunia.

Malah, ramai pemain-pemain badminton dari negara luar sanggup ke Malaysia semata-mata mahu menuntut ilmu dengan beliau.

 Telah melahirkan nama-nama besar dalam sukan badminton negara

Sebelum ini, legenda negara itu menjadi insan yang bertanggungjawab mengasah banyak bakat badminton tempatan.

Antara nama yang paling diingati tentunya bekas pemain nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei boleh diangkat sebagai anak didik Misbun yang paling berjaya selepas melakar pelbagai rekod di pentas badminton dunia.

Malah, beliau turut diidolakan oleh ramai pemain badminton, khususnya yang pernah menyaksikan ketangkasan beliau di dalam gelanggang.

Paling membanggakan, berkat latihan dan tunjuk ajar Misbun Sidek, Lee Chong Wei berjaya mendapatkan pingat perak dalam tiga temasya sukan olimpik.

Chong Wei berjaya membawa pulang tiga pingat perak berturut-turut di Olimpik Beijing 2008, Sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Olimpik Rio 2016.

Untuk rekod, Lee Chong Wei berjaya menduduki ranking pertama pemain badminton perseorangan lelaki selama 199 minggu berurut-turut.

Rekod itu dipegang Chong Wei bermula 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook/Nusa Mahsuri

The post Pemain Badminton Thailand Bangun Seawal 4 Pagi, Demi Berguru Dengan Misbun Sidek appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*