Air Dalam Mesin Basuh Manual Keluar Tanpa Henti? Ini Benda Yang Anda Perlu Tukar

mesin basuh manual keluar air

Air Dalam Mesin Basuh Manual Keluar Tanpa Henti? Ini Benda Yang Anda Perlu Tukar

Sebut sahaja mesin basuh, tentunya ia merupakan satu alat elektrik yang penting untuk setiap isi rumah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah baharu.

Seperti yang diketahui, mesin basuh ini berfungsi untuk mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak.

Tahun demi tahun, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan baharu bagi meringankan beban isi rumah termasuklah kewujudan mesin basuh automatik.

Tidak dinafikan ia memberikan manfaat kepada orang ramai dari segi masa dan tenaga kerana hanya perlu ‘campak’ sahaja pakaian ke dalam mesin basuh dan siap untuk dijemur di bawah cahaya matahari.

Pun begitu, pasti ramai di luar sana yang masih setia menggunakan mesin basuh manual (lama) disebabkan ia tahan lasak.

Walau bagaimanapun, masalah yang sering dihadapi oleh mesin ini adalah air sentiasa keluar secara perlahan-lahan apabila dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Pastinya perkara ini menyusahkan anda untuk membasuh pakaian sewaktu di rumah.

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu khususnya pengguna mesin basuh ini, apa yang perlu dilakukan hanya perlu menukar satu bahagian ini sahaja.

Nak tahu apa? Jom kita ikuti perkongsian di bawah.

Tips Baiki Mesin Basuh Manual Keluar Air Perlahan-Lahan 

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Hairul Vcool di platform Tiktok menunjukkan masalah yang sering terjadi pada mesin basuh itu.

BACA JUGA: Mesin Basuh “Front Load” Selalu Bergegar? Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Jelasnya, masalah air keluar tanpa henti ini adalah disebabkan getah barrow pada stopper valve.

Cara-cara Tukar Getah Barrow

Pertama, buka penutup mesin basuh pada bahagian belakang. (Tanggalkan skru terlebih dahulu).

Gambar: TikTok @Hairul Vcool

Kedua, lihat pada stopper valve mesin basuh anda. Buka bahagian berkenaan dan tarik getah barrow (warna hitam) keluar.

Gambar: TikTok @Hairul Vcool

Ketiga, gantikan dengan getah barrow yang baharu (digalakkan tukar satu set bersama spring).

Keempat, pasang semula getah barrow. Sekiranya getah barrow sedikit kesat, boleh letakkan minyak sebagai pelincir.

Gambar: TikTok @Hairul Vcool

Kelima, siap! Anda boleh cuba masukkan air ke dalam mesin basuh seperti biasa dan lihat hasilnya.

@hairulvcool

Jika ada soalan mengenai alat ganti mesin basuh dan peti sejuk boleh terus whatsapp saya di talian 0177924898

♬ original sound – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Sumber: TikTok @Hairul Vcool

The post Air Dalam Mesin Basuh Manual Keluar Tanpa Henti? Ini Benda Yang Anda Perlu Tukar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*