Pemandu Ditahan Mengelak Bayar Tol, Ada Tunggakan Lebih RM9,000

Pemandu ditahan mengelak bayar tol

Pemandu Ditahan Mengelak Bayar Tol, Ada Tunggakan Lebih RM9,000

Seorang pemandu warganegara Kemboja ditahan ketika melalui sebuah tol di Bang Lamung di Chan Buri, Thailand kerana gagal menjelaskan tunggakan tol yang belum dibayar.

Menurut laporan The Thaiger, pemandu berkenaan didapati mempunyai tunggakan caj tol lebih 70,000 Baht (RM9,546).

Pemandu berkenaan ditahan dalam operasi yang diketuai oleh pemangku Ketua Polis Trafik, Pol. Mej. Jen Jaroonkiat Pankaew.

Sebelum ini, Thailand melaksanakan satu program yang membenarkan pemandu ‘berhutang’ ketika melalui tol di sepanjang Lebuhraya 9. Menerusi program tersebut, sebuah laluan M-Flow tol tanpa palang diwujudkan antara Bang Pa-In dan Bang Phli.

Pemandu ditahan sekepas berulang kali mengelak bayar tol

Sejak tahun lepas, pemandu dibenarkan melalui laluan ini walaupun tidak mempunyai akaun M-Flow. Bagaimanapun, mereka dikehendaki menjelaskan caj tol dalam tempoh dua hari selepas melalui laluan tersebut.

Kegagalan untuk menjelaskan caj tersebut tepat pada masanya menyebabkan pengguna berdepan dengan denda bersamaan 10 kali ganda caj tol yang perlu dibayar.

Menurut The Thaiger lagi, pemandu yang ditahan itu didapati telah melalui laluan M-Flow tol tanpa palang itu sebanyak 266 kali. Dia juga didapati tidak membayar walau sekali pun caj tol yang dikenakan ke atas kenderaan dipandunya.

Kegagalan itu menyaksikan dia secara keseluruhan perlu menjelaskan caj tol mencecah angka RM 10,000 itu.

Pemandu itu mendakwa, dia tidak pernah menerima sebarang notis atau sebarang peringatan yang memintanya untuk membayar caj tol tersebut selama ini.

Dia juga mengakui bahawa menggunakan laluan tersebut kerana keadaan trafik M-Flow tidak sesak seperti di laluan lain.

Pemandu warganegara Kemboja itu merupakan sebahagian daripada 20 pengguna jalan yang ditahan kerana gagal melunaskan tunggakan tol di laluan berkenaan.

Difahamkan, ini bukan kali pertama pengguna jalan ditangkap kerana mengelak daripada membayar tol di Thailand.

Terdahulu, seorang pemandu yang mempunyai rekod pelanggaran lalu lintas berulang kali telah ditahan oleh polis kerana membawa Porche dengan plat pendaftaran palsu untuk mengelak daripada membayar tol.

Pemandu berkenaan didapati berjaya mengelak daripada membayar tol sebanyak 22 kali sebelum ditangkap. Rata-rata pemandu yang ditahan didapati memanipulasi kemudahan yang disediakan di laluan M-Flow untuk kepentingan diri sendiri.

BACA: Sebenarnya Tak Boleh Buka Pintu Kereta Dari Dalam & Luar Serentak, Tapi Kenapa? Ini Penjelasannya

Sumber: The Thaiger

The post Pemandu Ditahan Mengelak Bayar Tol, Ada Tunggakan Lebih RM9,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*