Pemandu Teksi Dapat Tip RM5k, Berjaya Hantar Penumpang Ke “Airport” Dengan Pantas

Pemandu Teksi Dapat Tip Bernilai RM5k Sebab Hantar Penumpang Ke Lapangan Terbang Dengan Pantas

Pemandu Teksi Dapat Tip RM5k, Berjaya Hantar Penumpang Ke “Airport” Dengan Pantas

Seorang pemandu teksi di Thailand ibarat mendapat durian runtuh apabila menerima tip berjumlah 1,000 Euro daripada penumpangnya.

Pemandu teksi berkenaan, Chang Yim berkongsi kisah tersebut dalam satu kumpulan Facebook, รวมพลคนขับแท็กซี่(แห่งประเทศไทย (Taxi Drivers of Thailand) pada 5 November lepas.

Dalam hantaran tersebut, beliau telah memuat naik gambar yang menunjukkan dua keping wang kertas yang masing-masing bernilai 500 Euro.

Menurut The Thaiger, penumpang berkenaan merupakan seorang warga asing dan meminta pemandu teksi berkenaan menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng di Bangkok.

Menuju ke lapangan terbang yang salah, penumpang baru tersedar ketika perjalanan

Walau bagaimanapun, ketika dalam perjalanan warga asing tersebut menyedari kesilapan berlaku. Rupa-rupanya, pesawat yang bakal dinaikinya akan berlepas dari lapangan terbang yang berbeza iaitu Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Laluan terpantas antara kedua-dua lapangan terbang itu berjarak kira-kira 42.5 kilometer. Manakala perjalanan tersebut pula dianggarkan memakan masa selama 45 minit.

Tidak mahu terlepas penerbangan berkenaan, penumpang tersebut meminta Chang segera menukar lokasi. Malah dia juga berjanji akan memberikan bonus sekiranya mampu tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dalam masa 30 minit.

Sebaik sahaja Chang menghantarnya ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, penumpang tersebut telah memberikan dua keping wang kertas yang bernilai 500 Euro setiap satu.

Menurut Chang, tambang yang sepatutnya dibayar hanyalah kira-kira 677 Baht (RM90).

Walau bagaimanapun, wang kertas yang diberikan kepada Chang dilapor tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Pusat Eropah sejak 2018.

Oleh sebab itu, ramai pengguna media sosial telah meragui keaslian wang kertas tersebut. Malah ada juga yang tertanya-tanya sama ada Chang dapat menukar not berkenaan ke mata wang Baht.

Bagaimanapun, dua hari kemudian Chang memuat naik satu lagi hantaran dan memberitahu bahawa dia berjaya menukar not tersebut.

Menerusi resit yang dikongsikannya, dua keping not tersebut berjaya ditukar kepada kira-kira 37,600 Baht (RM5,014).

BACA: Rupanya Tak Sama, Ini Cara Nak Tanam Untuk Dapatkan Sama Ada Daun Bawang Atau Bawang Sahaja

Sumber: Mothership.sg

The post Pemandu Teksi Dapat Tip RM5k, Berjaya Hantar Penumpang Ke “Airport” Dengan Pantas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*