Polis Berjaya Berkas Roslizal Razali

Roslizal Razali

Polis Berjaya Berkas Roslizal Razali

Seorang lelaki yang disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan ketenteraman awam telah berjaya ditahan polis, lapor Astro Awani.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, lelaki dikenali sebagai Roslizal Razali itu telah di tahan pada Rabu di Kuala Lumpur.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah laptop untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut; Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

“Suspek juga ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurut Skandaguru, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pada hari ini.

Pada 6 April lalu, PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang mengesan keberadaan Roslizal Razali. Ia bagi membantu siasatan berhubung kes hasutan yang membabitkan dirinya.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Terdahulu, Siakap Keli ada melaporkan bahawa PDRM sedang mengesan seorang lelaki bernama Roslizal Razali bagi membantu siasatan kes.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP A. Skandaguru dalam kenyataan berkata Roslizal, 46, dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. Serta Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar di talian 016-4469473 atau 03-22666071.

Minggu lalu, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sedang mengesan seorang lelaki. Ia bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan membunuh seorang pesara pada 27 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata lelaki itu, Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, dicari selepas disyaki melanggar seorang lelaki dengan kereta hingga mangsa cedera parah.

“Mangsa sebelum itu menegur dua suspek lelaki yang berada di dalam kereta supaya memperlahan radio yang dibuka kuat,” katanya.

Christopher berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

The post Polis Berjaya Berkas Roslizal Razali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*