Pemberian Diskaun PTPTN Dalam Belanjawan 2024, Ditentukan MoF – Mohamed Khaled

diskaun ptptn

Pemberian Diskaun PTPTN Dalam Belanjawan 2024, Ditentukan MoF – Mohamed Khaled

PUTRAJAYA, (Bernama) — Keputusan sama ada insentif diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diteruskan dalam Belanjawan 2024 atau tidak, tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan (MOF), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Apa-apa perkara mengenai perkara itu (insentif diskaun bayaran balik PTPTN), ia tertakluk kepada keputusan MOF,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023, di sini semalam.

Menurutnya setakat ini tempoh diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang telah tamat pada 31 Mei lepas seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas tidak dilanjutkan.

“Setakat ini, kita telah tidak lagi meneruskan itu (melanjutkan tempoh insentif),” katanya ketika ditanya jika ada berita baik untuk peminjam PTPTN dalam Belanjawan 2024 berhubung diskaun bayaran balik pinjaman.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus berkuat kuasa mulai 1 Mac hingga 31 Mei lepas.

BACA JUGA: KPT Tidak Cadang Teruskan Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN Dalam Belanjawan 2024

Ia meliputi empat kategori seperti diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang; diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik; dan diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata KPT memberi tumpuan kepada tiga perkara dalam Belanjawan 2024 iaitu pendigitalan, penyelidikan dan inovasi serta kediaman pelajar.

“Kita (KPT) mengharapkan supaya kerajaan menyokong permohonan kita untuk kita menerap dan mengaplikasi pendigitalan dalam kita menjayakan dan mengurus mentadbir ekosistem pendidikan tinggi dalam  negara.

“Kita percaya melalui pendigitalan akan dapat meningkat dan melonjakkan lagi usaha kita untuk memastikan terus cemerlang dalam sektor pendidikan tinggi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Pemberian Diskaun PTPTN Dalam Belanjawan 2024, Ditentukan MoF – Mohamed Khaled appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*