Semua “Brand” Boleh, Abang Ni Tunjuk Cara Orang Buta Guna “Handphone”

orang buta guna handphone

Semua “Brand” Boleh, Abang Ni Tunjuk Cara Orang Buta Guna “Handphone”

Tidak semua orang di dunia ini dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna. Ada yang mungkin dilahirkan mengalami cacat penglihatan sejak kecil atau cacat pendengaran.

Ada juga yang mendapat pengalaman itu selepas meningkat dewasa akibat penyakit atau kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

Bagi mereka yang kurang bernasib baik seperti cacat penglihatan, pernah terlintas tak di fikiran anda macam mana mereka menggunakan teknologi seperti telefon bimbit?

Justeru untuk mengetahui berkenaan perkara itu, mari kita ikuti perkongsian tersebut pada hari ini.

Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok @danisheddy98 yang mengalami cacat penglihatan.

Menurut lelaki itu, bagi mereka yang mengalami cacat penglihatan, terdapat satu ciri yang berada di dalam telefon untuk kegunaan mereka.

Tambahnya, tiada istilah telefon bimbit khas untuk orang sepertinya, sebaliknya ciri tersebut telah tersedia dalam semua jenis telefon bimbit.

Baik telefon bimbit jenis IOS keluaran Apple mahupun telefon bimbit jenis Android, semua ada ciri tersebut.

Bagi telefon jenis IOS, ciri tersebut dikenali sebagai VoiceOver, manakala untuk Android dikenali sebagai TalkBack.

Menurut Samsung, ciri TalkBack atau VoiceOver ialah ciri yang digunakan untuk membantu pengguna yang buta dan rabun. Ia menyediakan maklum balas suara supaya pengguna boleh menggunakan telefon atau tablet tanpa melihat skrin.

Nama fungsi berbeza dan bergantung pada versi perisian, tetapi fungsinya masih sama.

Apabila anda menggunakan fungsi ini, telefon anda akan memulakan maklum balas suara dan akan dibawa ke tutorial tentang cara menggunakannya.

Kredit Samsung

Pengguna hanya perlu leret ke kanan atau kiri untuk beralih antara item. Anda perlu ketik item yang dipilih sekali untuk membaca teks pada skrin dengan kuat, ketik dua kali untuk mengaktifkan ciri atau aplikasi yang dipilih.

Anda juga boleh seret menggunakan dua jari untuk menatal skrin ketika menggunakan telefon bimbit.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Menurut lelaki itu lagi, kelantangan audio fungsi ini juga boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan pilihan pengguna.

Sekarang semua dah tahu kan berkenaan bagaimana mereka yang cacat penglihatan menggunakan telefon bimbit. Di harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca.

@danisheddy98

Phone special Orang Buta ? Support boss saya jom @HANN Gadget

♬ original sound – Danish Eddy – Danish Eddy

Sumber: TikTok/@danisheddy98, Samsung

The post Semua “Brand” Boleh, Abang Ni Tunjuk Cara Orang Buta Guna “Handphone” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*