Pemilihan Serentak, Ini Beza Lima Kertas Undi Pemilu 2024

kertas undi pemilu

Pemilihan Serentak, Ini Beza Lima Kertas Undi Pemilu 2024

Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 merupakan satu sesi pilihan raya umum di Indonesia, bagi memberikan ruang kepada untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang taruh terbesar dalam suasana demokrasi di negara tersebut.

Sebelum ini, kita terpesona dengan kaedah pengundian di Indonesia, yang mana negara tersebut menggunakan paku untuk meletakkan tanda pada kertas undi.

Berbeza dengan Malaysia yang hanya diberikan dua jenis kertas undi untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), bilangan kertas undi di Indonesia pasti membuatkan kita semua terkejut.

Menurut Detik, rakyat Indonesia diberikan lima kertas undi pada hari Pemilu yang berlangsung pada 14 Februari 2024.

Lima kertas undi yang dibezakan dengan pelbagai warna itu digunakan bagi menentukan pemimpin bagi setiap peringkat pentadbiran.

Berikut merupakan lina jenis warna kertas undi yang digunakan dalam Pemilu 2024:

1. Kertas undi kelabu

Kertas undi ini menempatkan ruangan untuk memilih pasangan presiden dan timbalannya. Bagi edisi Pemilu Presiden (Pilpres) 2024, terdapat gambar tiga pasangan calon presiden berserta timbalannya yang bertanding mewakili tiga gabungan parti politik di Indonesia.

Selain itu, gambar-gambar calon akan disesuaikan dengan urutan nombor. Angka 1 mewakili Anies Baswedan-Muhaimin Iskanad, angka 2 mewakili Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka, dan angka 3 mewakili Ganjar Pranowo-Mahfud Md.

2. Kertas undi merah

Kertas undi berwarna merah digunakan untuk menentukan kerusi di Dewan Perwakilan Daerah (DPD). DPD mewakili setiap provinsi di Indonesia dan memiliki tanggungjawab dalam perundangan, pemantauan serta memberikan cadangan yang bersesuaian dengan provinsi yang diwakilinya.

3. Kertas undi kuning

Kertas undi berwarna kuning pula merupakan instrumen untuk menentukan kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI).

Dalam kertas undi ini, terdapat maklumat serta nombor percalonan nama calon DPR RI berserta parti yang dianggotainya.

Para pengundi bebas memilih calon, sama ada berdasarkan parti pilihan masing-masing ataupun bersandarkan individu yang bertanding pada kerusi tersebut.

4. Kertas undi biru

Kertas undi yang memiliki tanda berwarna biru digunakan untuk memilih calon Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) pada peringkat provinsi.

Kaedah pengundiannya serupa seperti kaedah pengundian pada kertas undi yang digunakan untuk menentukan DPR RI sebelum ini.

5. Kertas undi hijau

Kertas undi berwarna hijau digunakan untuk menentukan calon bagi kerusi DPRD untuk peringkat daerah atau kota.

Kertas undi yang digunakan rakyat Indonesia sewaktu Pemilu sebesar kertas A1

Selain kepelbagaian jenis kertas undi, Indonesia juga memiliki kertas undi yang bersaiz sangat besar. Kertas undi berwarna kelabu memiliki ukuran 22 cm x 31 cm, bersamaan dengan saiz kertas A4.

Manakala, kertas undi berwarna lain iaitu merah, kuning, biru dan hijau berukuran 51 cm x 82 cm. Ukuran kertas ini boleh dikatakan hampir menyamai saiz kertas A1 yang biasa digunakan dalam lakaran teknikal, poster dan sebagainya.

Berbeza dengan kertas undi yang khusus untuk Pilpres, kertas undi selain dari warna kelabu biasanya memiliki calon yang ramai. Maka, tidak hairanlah saiz yang digunakan sangat besar.

Disebabkan kertas undi yang bersaiz terlalu besar, para pengundi perlu melipat kertas undi dengan cara yang betul sebelum memasukkannya ke dalam peti undi.

@baim9584

♬ suara asli – B@!m – B@!m

BACA: Mengundi Hari Ini, Begini Rupanya Pemilu & Pilpres Indonesia Berjalan

Sumber: Detik

The post Pemilihan Serentak, Ini Beza Lima Kertas Undi Pemilu 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*