Pemuda Ditemukan Maut Dipercayai Digilis Kereta Api

digilis kereta api

Pemuda Ditemukan Maut Dipercayai Digilis Kereta Api

PASIR MAS, 6 Julai (Bernama) — Seorang pemuda ditemukan maut pada kira-kira 7.30 pagi tadi dipercayai digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Tanjung di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azrual Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa, Mohammad Aqil Ifran Hizuan, 23.

Sementara itu, bapa mangsa, Hizuan Jusoh, 52, berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan adik iparnya, Aiman Abdul Rashid, 20.

“Sebaik diberitahu, saya bergegas ke landasan kereta api untuk melihat keadaan anak saya. Luluh hati melihat keadaan anak saya yang sudah tidak bernyawa dengan kesan kecederaan yang teruk di kepala, tangan dan kaki,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tanjung di sini hari ini.

Beliau berkata kali terakhir berjumpa anaknya itu dua hari lepas kerana arwah tinggal bersama datuknya Jusoh Wok, 79, sejak berusia 15 tahun lagi.

Menurut Hizuan landasan itu sering menjadi pilihan penduduk untuk melintas dari Kampung Tanjung ke Kampung Tanjung Chenak, dan anaknya itu yang bekerja sendiri, dipercayai menggunakan landasan tersebut untuk melintas ke rumah bapa saudaranya.

“Rumah datuk arwah terletak kira-kira 400 meter dari landasan kereta api. Semalam saya dimaklumkan arwah berhasrat untuk ke rumah bapa saudaranya iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

“Jadi, kemungkinan kejadian itu berlaku ketika Mohammad Aqil hendak melintas landasan kereta api itu untuk ke rumah bapa saudaranya. Mungkin ia berlaku awal pagi tadi memandangkan keadaan mayatnya masih berembun,” katanya.

Hizuan berkata tiada kelakuan aneh atau pelik ditunjukkan anaknya itu, namun arwah sempat menghantar pesanan meminta maaf menerusi aplikasi WhatsApp kepada abangnya, Mohammad Zuhairi, 28, yang pulang ke Johor malam tadi.

“Mereka berdua sangat rapat, jadi mungkin arwah terkilan tidak sempat menemui abangnya itu sebelum pulang ke Johor selepas bercuti sempena Aidiladha,” katanya.

Menurutnya jenazah Mohammad Aqil dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Kampung Jelujok di sini.

Sumber: BERNAMA

The post Pemuda Ditemukan Maut Dipercayai Digilis Kereta Api appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*