Aplikasi Baru Threads Capai 5 Juta Pendaftaran Dalam Masa Empat Jam Pelancaran

threads 5 juta pendaftaran

Aplikasi Baru Threads Capai 5 Juta Pendaftaran Dalam Masa Empat Jam Pelancaran

Hanya empat jam selepas Meta melancarkan Threads, pesaing Twitter, platform sosial baharu itu berjaya mencapai lima juta pendaftaran pada hari ini, lapor Forbes.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan berita gembira itu di akaun Threads miliknya.

“Baru melepasi lima juta pendaftaran dalam empat jam pertama,” tulisnya.

Saingan Twitter yang lain, Mastodon dilapor mengambil masa berbulan-bulan untuk berkembang kepada tiga juta pengguna dan memerlukan kira-kira sebulan bagi pertumbuhan pantas untuk meningkat daripada enam juta kepada lapan juta.

Zuckerberg kini mempunyai seramai 310,000 pengikut di Threads dan ia semakin meningkat.

Elon Musk dari Twitter mempunyai hampir 150 juta pengikut di platform sosialnya.

Platform sosial yang dilancarkan Zuckerberg untuk bersaing dengan Twitter itu adalah permulaan yang kukuh.

Difahamkan, konflik itu boleh berterusan dengan cara yang lebih peribadi kerana Zuckerberg dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk dilihat terlibat dalam pertarungan perniagaan, sejak akhir-akhir ini.

Walau bagaimanapun, sesuatu aplikasi itu tidak akan berkembang sekiranya ia tidak bertindak balas dengan baik.

Halaman akaun Zuckerberg sendiri tidak menunjukkan bebenang dan aplikasi itu dikatakan menghadapi beberapa kesukaran buat pengguna.

Kredit: Forbes

Ia bertindak lambat untuk menyiarkan dan secara tiba-tiba ‘crash’ apabila digunakan oleh sesetengah pengguna.

Pertumbuhan pantas mestilah datang dengan beberapa kepuasan untuk Meta, yang telah melancarkan dan terpaksa menutup banyak aplikasi dan produk lain termasuk Poke, Parse, Beacon dan lain-lain.

BACA: Aplikasi Threads Boleh Dimuat Turun Hari Ini, Atasi Twitter

Permulaan yang pantas tidak bermakna akan ada kejayaan yang berkekalan, namun ini adalah masa yang sesuai untuk Threads dilancarkan.

“Dengan situasi semasa Twitter, Reddit dalam keadaan tidak terkawal dan TikTok akan diharamkan tidak lama lagi. 

“Threads mempunyai persekitaran yang sempurna untuk mengambil peluang dan mengembangkan monopoli Meta di media sosial,” kata Manual Sainsily, seorang futuris dan ahli teknologi di Teknologi Unity dalam siaran Threads.

Twitter baru-baru ini telah mengehadkan paparan tweet, manakala Reddit juga sedang bergelut dengan subnya yang tidak berbayar melalui pihak ketiga.

TikTok pula telah berada di bawah tekanan oleh beberapa ahli politik Amerika berhubung hubungannya dengan China.

Sumber: Forbes

The post Aplikasi Baru Threads Capai 5 Juta Pendaftaran Dalam Masa Empat Jam Pelancaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*