Sebak, Tengah Sahur Nenek Tiba-tiba Cakap “Tahun Depan, Belum Tentu Nenek Ada Lagi”

Pemuda Ini Hampir Terlelap

Sebak, Tengah Sahur Nenek Tiba-tiba Cakap “Tahun Depan, Belum Tentu Nenek Ada Lagi”

Bulan Ramadan adalah bulan ibadah kepada umat Islam. Pada bulan ini, kita diwajibkan berpuasa di siang hari selama sebulan.

Pada bulan mulia ini, kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah seperti membaca Al-Quran, berzikir, mendirikan solat Tarawih dan sebagainya.

Dalam pada itu, ada juga yang menjadikan bulan puasa ini sebagai tempoh untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga. Biasanya, kita akan berkumpul bersama-sama untuk bersahur di pagi hari dan berbuka pada sebelah petangnya.

Nenek mengejutkan cucu untuk sahur sekali

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bersahur merupakan amalan sunah paling besar yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

Sudah tentulah sesiapa yang mengamalkan sunah Baginda akan diberikan ganjaran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Baru-baru ini, seorang pemuda dari negara seberang, Indonesia memuat naik satu video berkongsi pengalaman bersahur bersama-sama dengan neneknya.

Video berkenaan dikongsikan oleh pemuda tersebut menerusi akaun Tiktok bernama @aiqqquietlife.

Pada awal video tersebut, kelihatan si nenek cuba mengejutkan pemuda tersebut untuk bangun sahur bersama-sama. Seperti kita semua, disebabkan masih mengantuk adakalanya terasa berat sedikit untuk bangun bersahur di awal pagi.

Situasi yang sama turut dihadapi oleh pemuda  berkenaan.

“Masih mengantuk nenek,”, ujar pemuda dalam video berkenaan.

Hampir terlelap sewaktu makan, nenek bagi pesanan mendalam

Video kemudian menunjukkan mereka berdua berada di dapur dengan si nenek sedang menyediakan makanan untuk mengisi perut ketika itu.

Walaupun hanya berlaukkan sayur asam, tempe serta tauhu tetapi bagi mereka itu sudah mencukupi untuk mengalas perut.

Semasa mereka sedang menjamu selera, pemuda berkenaan menyandar dan melelapkan mata sebentar tetapi terus dikejutkan oleh neneknya.

Secara tiba-tiba, si nenek berkata sesuatu yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja menjadi sebak.

“Tak boleh malas-malas, puasa ini setahun sekali. Belum tentu tahun depan nenek boleh sahur sama-sama dengan kamu,” ujar nenek.

Mendengar sahaja ucapan neneknya, pemuda itu terus menjadi tergamam dan hilang kata-kata. Riak wajahnya jelas kelihatan berubah dan menjadi sayu seketika.

Bagaikan kehilangan kata-kata, dia hanya mampu meminta neneknya untuk meneruskan bersahur sahaja. Suasana juga seakan-akan menjadi sepi selepas itu.

Ujar pemuda tersebut, dia mengakui emosinya ketika itu sedikit terganggu kerana terkesan mendengar ucapan yang terbit daripada mulut neneknya.

BACA: Boleh Ke Buat Solat Sunat Tarawih Sebelum Solat Isyak? 

@aiqqquietlife

sedikit cerita yang berujung sedih pas sahur tadi, sayang Nenek banyak” 🫂🥹❤

♬ End of Beginning – Djo

Sumber: @aiqqquietlife via TikTok

The post Sebak, Tengah Sahur Nenek Tiba-tiba Cakap “Tahun Depan, Belum Tentu Nenek Ada Lagi” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*