Penat Kena Saman, Lelaki Nekad Sewa Kren Angkat Van “Parking” Atas Bumbung Bangunan

parking van atas bumbung

Penat Kena Saman, Lelaki Nekad Sewa Kren Angkat Van “Parking” Atas Bumbung Bangunan

Seorang lelaki di Taichung, Taiwan dilaporkan telah mencetuskan kekecohan gara-gara memarkir dua vannya di atas bumbung bangunan kediamannya, lapor Mothership.

Penduduk yang tinggal berdekatan telah bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa tempatan.

Penduduk mendakwa bahawa kenderaan itu didapati diletakkan dalam keadaan yang berbahaya, lapor CNA Taiwan.

Pada awalnya, pemilik kediaman dan van yang merupakan seorang jurutera awam dilaporkan meletakkan kenderaannya itu di bahu jalan.

Namun kenderaannya itu sering disaman atas kesalahan memarkir di tempat yang dilarang.

Oleh sebab itu, dia kemudiannya nekad mengupah kren untuk mengangkat kenderaan itu ke atas bumbung rumahnya.

Van tersebut juga digunakan sebagai stor penyimpanan barangan pekerjaannya

Selain itu, lelaki tersebut turut menggunakan van berkenaan sebagai ruang penyimpanan barang kerana tidak memiliki ruang untuk meletak peralatan kejuruteraan awamnya di rumahnya, lapor EBC News.

Kredit EBC News

Berdasarkan gambar yang tersebar, satu daripada van miliknya kelihatan cuku-cukup muat berada di atas bumbung rumahnya, manakala sebuah lagi sedikit menonjol terkeluar dari tembok pembatas bangunan.

Kredit EBC News

Dalam pada itu, menurut ketua daerah penguatkuasa tempatan, Lin Kuan-jen, kedua-dua van itu dipercayai telah berada di atas bumbung berkenaan sejak dua tahun lalu.

Lin berkata, dia telah memaklumkan pemilik van tersebut untuk memindahkannya selepas menerima aduan daripada penduduk berhampiran yang menyatakan kebimbangan mereka.

Pada Mac 2023, pemiliknya berkata bahawa dia telah menemui tempat kosong untuk vannya itu, tetapi sehingga kini ia masih belum dipindahkan.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Biro Pembangunan Bandar Kota Taichung menyatakan bahawa polis tempatan, pejabat daerah dan pemilik terbabit disiasat dalam siasatan tapak pada 7 April.

Walaupun lelaki itu didapati tidak melanggar undang-undang, dia dikehendaki untuk mengalihkan kenderaanya itu bagi menjaga keselamatan awam.

Sementara itu, lelaki terbabit turut memberitahu jirannya supaya tidak membuat kekecohan besar terhadap vannya. Malah dia memberi jaminan kepada penduduk tentang integriti bangunan terbabit.

Tambahnya, dia akan memindahkan kenderaan itu ke kawasan pergunungan Taoyuan pada Oktober 2023 depan.

Sumber: Mothership

The post Penat Kena Saman, Lelaki Nekad Sewa Kren Angkat Van “Parking” Atas Bumbung Bangunan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*