Penemuan Mayat Zayn Rayyan: Kita Dah Lakukan Pencarian Di Tempat Sama Tapi Tak Jumpa – Polis

mayat zayn rayyan

Penemuan Mayat Zayn Rayyan: Kita Dah Lakukan Pencarian Di Tempat Sama Tapi Tak Jumpa – Polis

PETALING JAYA — Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui di anak sungai merupakan kawasan pencarian yang telah dilakukan oleh Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid, unit mencari dan menyelamat telah melakukan misi pencarian di tempat berkenaan. Ia sejurus pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Kita sudah melakukan pencarian, tetapi kita tidak jumpa, ia tempat yang sama. Petang tadi (Rabu) kita juga mencari di kawasan ini.

“Polis akan menjalankan siasatan disebabkan lokasi ditemui ini adalah kawasan aliran air,” ujarnya sewaktu ditemui di lokasi berkenaan.

Tambah Mohd Fakhrudin, mayat kanak-kanak lelaki itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi yang terbabit iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat yang turut bersama pasukan polis melakukan pencarian,” jelasnya.

Penemuan Adik Zayn Rayyan

Semalam, adik Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman selepas dilaporkan hilang.

Mangsa berjaya ditemui sekitar jam 10 malam oleh sekumpulan penduduk yang dikatakan turun membantu pasukan penyelamat dalam operasi mencarinya.

BACA JUGA: Hilang Sejak Semalam, Adik Zayn Rayyan Ditemui Meninggal Dunia

Memetik laporan Sinar Harian semalam, Mohd Fakhrudin turut mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui,” katanya.

Kehilangan Adik Zayn Rayyan

Sebelum ini, kehilangan adik Zayn Rayyan disedari kira-kira pada jam 12.30 tengah hari Selasa.

Berita kehilangan mangsa kemudiannya mendapat perhatian orang ramai selepas ibunya membuat laporan polis dan melakukan hebahan di laman Facebook.

Maklum Mohd Fakhrudin, pada jam 6.36 petang, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit.

Susulan itu, pencarian mangsa digerakkan dengan penglibatan anggota polis, Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Anjing Pengesan K9 serta penduduk setempat.

Sumber: Sinar Harian

The post Penemuan Mayat Zayn Rayyan: Kita Dah Lakukan Pencarian Di Tempat Sama Tapi Tak Jumpa – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*