Pelajar Kehilangan Sebahagian Kaki, Retak Tengkorak Selepas Dilanggar Kereta Api

Dilanggar kereta api

Pelajar Kehilangan Sebahagian Kaki, Retak Tengkorak Selepas Dilanggar Kereta Api

 

Seorang pelajar dilapor kehilangan sebahagian kakinya dan retak pada bahagian tengkorak selepas terperangkap di bawah kereta api yang sedang bergerak di Boston, lapor New York Post.

Bagaimanapun, mangsa, 20 tahun telah dihantar dan menjalani rawatan di Brigham dan Hospital Wanita sejak malam kemalangan itu yang dikatakan telah kehilangan sebahagian akibat dipotong (dari bawah lutut) manakala sebelah lagi patah.

Mangsa juga dipercayai mengalami retakan tengkorak, tulang pelvis remuk, patah tangan dan luka di muka yang memerlukan jahitan.

Menurut pegawai polis Penguasa Pengangkutan Teluk Massachusetts (MBTA) kejadian berlaku kira-kira pada 11:30 malam apabila mangsa turun dari kereta api bersama sekumpulan kawannya tanpa menyedari beberapa rakan yang lain masih kekal di dalam kereta api tersebut.

Sejurus selepas mangsa menyedarinya, mangsa kembali ke tingkap kereta api untuk mengetuk dan memberi isyarat supaya rakan-rakannya yang lain untuk turun dari kereta api tersebut.

Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana tergelincir dan jatuh di bawah kereta api yang bergerak menyebabkan mangsa terheret. Disebabkan itu, anggota bomba dan pihak polis Boston dan MBTA telah dihubungi untuk menyelamatkan mangsa.

Pelajar Dilanggar kereta api
Kredit: New York Post

Sehubungan itu, bapa mangsa juga turut dihubungi untuk memberitahu bahawa anak perempuannya telah dilanggar kereta api yang terpaksa dihidupkan semula sebanyak dua kali sebelum dibawa ke ICU dan diintubasi (proses menyalurkan udara kepada pesakit).

“Perkara pertama yang dia sebutkan selepas dia diekstubasi adalah para penyelamatnya,” kata bapanya sambil menambah bahawa dia ingin mengucapkan terima kasih kepada responden yang mengikat tourniquet (cara untuk menghentikan darah mengalir) untuk menghidupkannya semula.

Dari sudut lain, bapa mangsa seakan-akan menyalahkan pihak MBTA atas kemalangan yang menimpa anaknya itu sehingga mereka (keluarga mangsa) telah membayar seorang peguam.

“Dia (pemandu kereta api) boleh melihat (mangsa) pada bahagian sisi kereta api dan tidak meneruskan perjalanan. Mereka ada cermin sisi. Mereka ada hon (bunyi). Mereka boleh menekan hon tersebut sebelum berlepas,” jelas ibu bapanya.

Sementara itu, pihak MBTA mengatakan bahawa kemalangan itu bukan berpunca daripada sebarang kegagalan mekanikal atau pekerja MBTA.

Pelajar Dilanggar kereta api
Kredit: New York Post

Susulan kemalangan itu, ahli keluarga mangsa telah melancarkan kempen GoFundMe untuk membantu dalam mengurangkan bil perubatan dan perbelanjaan sara hidup mangsa.

“Dia rajin, pandai, lucu dan mempunyai hati yang tulus,” tulis laman GoFundMe yang dipercayai telah berjaya mengumpul sebanyak $41,000.

Sementara pada laman kedua GoFundMe, telah dimulakan oleh rakan sekolah menengah mangsa yang telah mengumpul lebih daripada $42,000 setakat hari Selasa.

“Ibu bapanya perlu melihat satu-satunya anak perempuan mereka mampu melalui situasi ini dan kami mahu membatu supaya insiden yang mengerikan ini lebih baik dalam apa jua cara,” tulis mereka.

 

Sumber: New York Post

The post Pelajar Kehilangan Sebahagian Kaki, Retak Tengkorak Selepas Dilanggar Kereta Api appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*