Pengadil Jepun Bakal Jadi Wanita Pertama Adili Piala Asia

Yamashita jadi pengadil wanita

Yamashita Jadi Pengadil Wanita Pertama Di Piala Asia 

Pengadil Jepun, Yoshi Yamashita dilapor bakal menjadi pengadil wanita pertama yang akan mengadili perlawanan Piala Asia.

Menurut Japan Times, pemilihan Yamashita sebagai pengadil kejohanan bola sepak lelaki berkenaan diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia, Khamis lalu.

Sebelum ini, Yamashita pernah menjadi pegawai keempat pada Piala Dunia lelaki pada 2022 di Qatar.

Selain Yamashita, empat lagi pengadil wanita dilapor akan bertugas sebagai pegawai perlawanan dalam kejohanan tertinggi saingan bola sepak Asia itu.

Menurut Japan Times, Yamashita akan menjadi pengadil bagi perlawanan pembukaan Kumpulan B pada Sabtu.

Tugasnya akan dibantu oleh Makoto Bozono dan Naomi Teshirogi sebagai pembantu pengadil.

Terdahulu, trio Jepun itu mencipta sejarah pada 2022 apabila muncul sebagai pasukan pengadil wanita pertama mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia.

Setahun kemudian, mereka diberi tanggungjawab mengadili liga domestik, Liga J.

Yamashita yang berusia 37 tahun itu turut pernah mengendalikan perlawanan pembukaan Piala Dunia Wanita pada tahun lalu di Australia dan New Zealand.

AFC Jangka Arif Aiman Antara 5 Pemain Muda Menyinar Di Piala Asia

Sebelum ini, AFC pernah mengeluarkan satu senarai nama pemain muda yang dijangka akan bersinar di Piala Asia 2023. Nama pemain Malaysia yang semakin meningkat naik, Arif Aiman turut disebut dalam senarai itu.

Beraksi bersama JDT, Arif Aiman yang berusia 21 tahun adalah antara bakat besar yang paling mencuri tumpuan, khususnya di Asia Tenggara.

Pemain sayap itu menjaringkan 12 gol liga musim ini dan persembahannya banyak membantu JDT menjulang trofi Liga Super Malaysia buat kali ke-10.

Dalam saingan Liga Juara-juara Asia, Arif Aiman menjaringkan tiga gol untuk kelab itu.

Di pentas antarabangsa pula, Arif Aiman juga adalah pemain penting bagi Harimau Malaya. Ia termasuk ketika Arif Aiman menyumbang 4 gol dalam kemenengan 10-0 ke atas Papua New Guinea.

Memiliki pergerakan yang pantas, Arif Aiman mungkin akan menjadi senjata utama buat Pan Gon untuk memberi cabaran bermakna di Piala Asia kali ini.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Japan Times

The post Pengadil Jepun Bakal Jadi Wanita Pertama Adili Piala Asia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*