Pengantin Ditipu Jurusaji, Rugi Lebih RM13,000

pengantin ditipu jurusaji

Pengantin Ditipu Jurusaji, Rugi Lebih RM13,000

SEREMBAN, 25 Dis (Bernama) — Sebuah keluarga terpaksa memasak hidangan makanan kepada tetamu bagi majlis perkahwinan dianjurkan gara-gara pihak jurusaji tidak memberikan maklum balas pada saat akhir.

Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkata pihak jurusaji itu sepatutnya menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu dan pelamin.

Beliau berkata akibat kejadian itu, keluarganya kerugian RM13,000 bagi majlis perkahwinan yang berlangsung semalam di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Serting.

“Untuk makluman semua, kami telah menjadi mangsa penipuan. Katerer ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call (telefon) tapi tiada respons.

“Jadi kami adik-beradik memilih masak sendiri. Hanya kemampuan kami siapkan dalam anggaran 400 pax (bungkus) makanan… itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman,” katanya.

Burhanuddin turut memaklumkan pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada malam sebelum majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Burhanuddin berkata keluarganya juga bercadang mengajukan kes berkenaan ke peringkat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau merujuk kes ke pihak peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kuala Lumpur Bandar Raya Ke-6 Di Dunia Jadi Tumpuan Pelancong, Tewaskan New York

The post Pengantin Ditipu Jurusaji, Rugi Lebih RM13,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*