Pengguna Motosikal Juga Berhak Tuntut Pampasan, Ini Caranya

Pengguna Motorsikal Juga Berhak Tuntut Pampasan

Pengguna motosikal juga berhak tuntut pampasan disebabkan struktur jalan raya, lelaki ini tampil untuk berkongsi caranya.

Tahukah anda, sebagai pengguna jalan raya yang menggunakan motosikal, anda juga berhak untuk menuntut pampasan sekiranya kemalangan berlaku disebabkan struktur jalan raya yang rosak seperti jalan berlubang.

Memang akan mengambil masa yang lama untuk proses tersebut, tapi apa salahnya berkorban untuk menuntut hak anda, sekurang-kurangnya wang anda akan dapat dikembalikan.

Misalnya dalam satu perkongsian di lama Facebook, The Solo Rider (Malaysia) oleh Endura Rides, dia telah berkongsi cara untuk membuat pampasan sekiranya mengalami kemalangan disebabkan oleh struktur jalan raya.

Kejadian berlaku sekitar bulan lalu apabila dia menunggang motosikal berkuasa 150cc dari Puchong ke Kuala Kangsar iaitu menggunakan lebuhraya Utara-Selatan yang dikendalikan oleh PLUS.

Tambahnya lagi, selepas RnR di Tanjung Malim, motosikalnya terlanggar lubang jalan (pothole) di lorong kiri jalan.

Pengguna Motorsikal Juga Berhak Tuntut Pampasan
Gambar Hiasan | Kredit: BERNAMA

Difahamkan insiden tersebut berlaku sekitar 12 tengah malam berikutan kawasan di situ sangat gelap. Selepas itu, dia bertindak untuk memeriksa motosikal tersebut pada mulanya dia mendapati tiada sebarang kerosakan yang berlaku. Maklumlah, keadaan gelap bukan.

Jadi, pada keesokkannya, dia sedar bahawa rim belakang motornya telah bengkok akibat insiden itu. Hal tersebut menyebabkan dia berhubung terus dengan pihak lebuhraya PLUS dan memberitahu pegawai untuk menuntut pampasan tersebut.

Dalam pada itu, pegawai tersebut memberitahunya untuk tentang tuntutan pampasan melalui laman web dan mengesyorkan dia untuk membuat laporan polis terlebih dahulu.

Perkongsian daripada Endura Rides tidak berakhir di sini, malah, dia turut berkongsi proses tuntutan pampasan sehingga ia selesai.

Justeru, dia menyenaraikan beberapa dokumen yang diperlukan seperti geran motor, lesen memandu, kad pengenalan, ‘cover note’ insurans, laporan polis, resit membaiki kerosakan motor serta gambar sebelum dan selepas kerosakan.

Jadi, semua dokumen tersebut perlu dimuat naik ke laman web yang dikhaskan untuk membuat tuntutan. Selepas menunggu selama 46 hari, di akhirnya menerima pampasan berjumlah RM135.

Pengguna Motorsikal Juga Berhak Tuntut Pampasan
Kredit: Endura Rides | Facebook

Dalam masa yang sama, Endura Rides mengingatkan kepada semua pengguna lebuhraya tidak kisahlah yang menggunakan kereta atau motosikal mahupun kenderaan lain.

Bahawa anda berhak untuk membuat tuntutan jika sebarang kerosakan atau kemalangan yang berlaku disebabkan oleh pihak lebuhraya itu sendiri.

Tidak dinafikan, ada yang mengatakan bahawa pengguna motosikal tidak akan dilayan kerana mereka tidak membayar tol.

Namun di sini dia buktikan perkara itu tidak benar sama sekali dan menegaskan bahawa pengguna motosikal juga berhak menuntut haknya.

Bagaimanapun, ada komen yang ditinggalkan kepada Endura Rides yang menyatakan “Sidai 46 hari demi 135…“. Demi menjawab persoalan tersebut, Endura membalas komen tersebut dengan berkata, “Saya sudah jangka ini (proses menuntut pampasan) akan mengambil masa yang lama,”

Tambahnya lagi, dia akan sentiasa mengingatkan pegawai PLUS dengan menghantar e-mail kepada mereka setiap tiga hingga empat hari.

Malah, dia juga pergi ke pejabat urusan dan bertanyakan berkaitan pampasan tersebut. Usahanya bak kata pepatah ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.

Sumber: The Solo Rider (Malaysia) | Endura Rides

The post Pengguna Motosikal Juga Berhak Tuntut Pampasan, Ini Caranya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*