Saintis Australia Temui “Spider” Gergasi Spesis Baharu

spider spesis gergasi

Saintis Australia Temui “Spider” Gergasi Spesis Baharu

Saintis Australia berjaya menemui spesis labah-labah ‘trapdoor’ bersaiz besar yang dipercayai hanya boleh ditemui di Queensland, lapor BBC.

Labah-labah betina bagi spesis yang jarang ditemui ini dilaporkan mampu hidup lebih daripada 20 tahun di alam liar. Ia juga dipercayai mampu membesar sehingga 5cm panjang.

Bagi labah-labah jantan pula, ia boleh membesar sehingga 3cm sahaja lebih kecil dibandingkan daripada labah-labah betina.

Menurut saintis, spesis ini mungkin terancam selepas kebanyakan daripada habitatnya didakwa telah hilang akibat pembersihan tanah.

Labah-labah spesis ini dipanggil sebagai ‘trap doors’ kerana ia menyorok disebalik daun untuk memburu serangga. Spesis yang biasa ditemui biasanya hanya berukuran kecil iaitu kira-kira 1.5sm hingga 3cm sahaja.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Nama spesis ini diambil dari bahasa Latin

Spesis yang baru ditemui ini, Euoplos dignitas merupakan sejenis labah-labah pintu perangkap emas yang boleh ditemui di kawasan hutan separa gersang. Ia boleh ditemui di Brigalow Belt, sebuah wilayah di tengah Queensland.

Dalam bahasa Latin, namanya bermaksud kepelbagaian atau kehebatan yang mencerminkan “saiz dan sifat yang mengagumkan” dari labah-labah itu.

Perkara itu diterangkan oleh saintis dari Muzium Queensland selepas penemuan serangga unik tersebut.

Labah-labah betina spesis ini mempunyai karapas merah-coklat, manakala jantan pula mempunyai lapisan luar merah madu dan perut yang berwarna kelabu-coklat.

Euoplos dignitas tinggal di habitat hutan yang terbuka dan membuat sarang di dalam lubang tanah hitam. Betina akan menghabiskan hidupnya di bawah tanah.

Sementara si jantan akan pergi mencari pasangan di lubang sarang yang lain selepas lima hingga tujuh tahun.

Sangat sedikit spesimen spesis ini yang dapat dikumpulkan dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Setakat ini hanya seekor betina sahaja diserahkan kepada Muzium Queensland sejak 1960-an yang lalu, kata saintis dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Arachnology.

Pencarian selama tiga hari pada Mei 2021 yang lalu telah mendedahkan bahawa hanya satu populasi ditemui di sepanjang beberapa ratus meter dari tepi jalan. Kebanyakan daripada habitatnya yang tersedia telah dibersihkan untuk stok dan pertanian.

Penurunan berterusan habitat sedemikian boleh menyebabkan spesis ini ‘terancam secara kritikal’ pada masa hadapan.

Sumber: BBC

The post Saintis Australia Temui “Spider” Gergasi Spesis Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*