Mudah Je Nak Buat Sendiri Rupanya, Abang Ni Ajar Cara Buat Yogurt “Homemade”

yogurt homemade

Mudah Je Nak Buat Sendiri Rupanya, Abang Ni Ajar Cara Buat Yogurt “Homemade”

Yogurt atau susu masa adalah antara produk tenusu yang begitu digemari oleh orang ramai. Setiap peti ais, wajib ada sekurang-kurangnya sebotol yogurt, kan?

Produk ini juga sangat fleksibel kerana selain boleh dimakan begitu sahaja, yogurt juga boleh digandingkan dalam masakan juadah tertentu.

Jika dimakan begitu sahaja, rasanya lebih enak apabila dimakan bersama dengan buah-biahan tertentu. Rasa masam yogurt dapat diimbangi dengan rasa manis yang ada pada buah.

Dalam masakan, yogurt biasanya digunakan ketika menyediakan juadah ayam tandoori, kuat salatah dan sebagainya.

Selain yogurt, minuman susu masam ini turut memiliki beberapa variasi dari negara-negara lain seperti desi (India) dan laban (Timur Tengah).

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Mohamad Ridhuan, (mohamadridhuan.gh) berkongsi resepi dan cara untuk menghasilkan yogurt ‘homemade‘.

Prosenya tidak rumit dan hanya memerlukan beberapa bahan-bahan yang boleh didapati di pasar raya dengan mudah.

Berikut merupakan bahan-bahannya:
  • Segelas susu tepung penuh krim
  • Segelas air panas (bukan yang mendidih)
  • Dua gelas air sejuk
  • 150-200 gram yogurt

Pertama sekali, masukkan segelas susu tepung penuh krim ke dalam sebuah bekas dan masukkan air panas. Pastikan air panas tersebut tidak menggelegak dan sebaik-baiknya diambil dari penapis air.

Apabila semua serbuk larut, masukkan dua gelas air sejuk ke dalam bekas berkenaan dan kacau sehingga sebati.

Selepas itu, masukkan kira-kira 150-200 gram yogurt ke dalam bekas yang berisi larutan susu berkenaan dan kacaukan sehingga sekata.

Setelah larutan tersebut sudah kelihatan sebati, tutup bekas berkenaan dan biarkan selama 8 hingga 9 jam.

Beberapa jam menunggu, anda akhirnya boleh menikmati yogurt buatan sendiri di rumah, dalam kuantiti yang sangat banyak.

Kata Ridhuan, yogurt buatan sendiri ini juga boleh dijadikan sebagai minuman lassi. Anda boleh mencampurkan sedikit gula dalam minuman tersebut untuk menjadikannya lebih lazat.

Akan tetapi, jika anda tidak mahu menambah sebarang pemanis ke dalam minuman lasi pun tidak menjadi satu masalah. Malah, lasi yang dihasilkan lebih berkhasiat untuk badan.

Selain itu, Ridhuan turut mengemukakan beberapa kebaikan yogurt kepada manusia. Antaranya, dapat membantu untuk tidur dengan lena, menjadikan saraf lebih tenang dan bagus untuk perut.

Jelasnya, yogurt juga boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja, sama ada pada waktu sarapan ataupun makan tengah hari.

@mohamadridhuan.gh

Buat sendiri yogurt, laban, dehi atau susu masam.

♬ original sound – ridhuan1002 – 1002 ENTERPRISE

BACA: Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Sumber: @mohamadridhuan.gh via TikTok

 

The post Mudah Je Nak Buat Sendiri Rupanya, Abang Ni Ajar Cara Buat Yogurt “Homemade” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*