Pemandu Rentung Kereta Dilanggar Lori Sebelum Terjatuh Ke Lereng Bukit

pemandu rentung kereta terjatuh

Pemandu Rentung Kereta Dilanggar Lori Sebelum Terjatuh Ke Lereng Bukit

SEORANG individu maut selepas kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah lori sebelum kedua-dua kenderaan itu terjatuh ke lereng bukit dalam kejadian berdekatan Jeram Toi di Jalan Seremban-Kuala Klawang, Negeri Sembilan pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba (PgB), Yusri Abdullah Sani, maklumat nahas melibatkan sebuah kereta Proton Persona dan sebuah lori itu diterima pihaknya sekitar pukul 9.26 pagi.

Maklumat awal mendapati lori berkenaan pada asalnya sedang dalam perjalanan dari Seremban menghala ke arah Jelebu, sebelum ia dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit di lokasi berhampiran Jeram Toi lalu terbabas.

“Lori terbabit kemudiannya melanggar kereta menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan jatuh di lereng bukit dengan ketinggian kira-kira enam meter.

“Akibat pelanggaran tersebut, kereta itu terbakar 100 peratus manakala pemandu lori cedera parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Jelebu.

“Pemandu kereta meninggal dunia di dalam kenderaan yang terbakar dan pasukan penyelamat telah mengeluarkan mayat mangsa kira-kira jam 12.04 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, memetik Sinar Harian.

Dalam pada itu, difahamkan identiti mangsa yang rentung terbabit sedang dikenal pasti.

“Pihak polis akan menyemak nombor casis kenderaan yang terbakar tersebut bagi mengenal pasti pemilik kenderaan untuk tindakan selanjutnya,” kata pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu, Asisten Superintenden Goh Kay Lun ketika dihubungi pemberita.

Jelasnya, difahamkan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Jelebu bagi proses bedah siasat.

Sumber: Sinar Harian

The post Pemandu Rentung Kereta Dilanggar Lori Sebelum Terjatuh Ke Lereng Bukit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*