Pengunjung Taman Tema Popular Berak Sambil Berdiri Ketika Beratur Untuk Tarikan Utama

Pengunjung taman tema popular

Pengunjung Taman Tema Popular Berak Sambil Berdiri Ketika Beratur Untuk Tarikan Utama

Pengunjung di Disneyland dan Disney World dilaporkan membuang air besar sambil berdiri dalam barisan ketika menunggu giliran, lapor New York Post.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang saksi yang melaporkan pemandangan aneh itu di media sosialnya.

“Saya berada dalam barisan untuk Rise of the Resistance di Disney World. Seseorang membiarkan anak mereka membuang air besar di atas lantai dan kemudian berlalu pergi meninggalkannya,” tulis saksi itu di Reddit.

Rise of the Resistance adalah tarikan bertemakan Star Wars dan pengunjung Disney memaklumkan bahawa tarikan itu boleh mengambil masa lebih daripada setengah jam beratur untuk mencubanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna yang mengaku bekerja di taman tema berhampiran kawasan tarikan itu mengesahkan dakwaan tersebut.

“Bagi mereka yang tidak mempercayainya, ini sebenarnya memang berlaku,” tulis pengguna itu.

Selain itu, seorang lagi pengguna yang mendakwa pernah bekerja di Disney World di Orlando mendedahkan bahawa terdapat pengunjung yang meninggalkan najis mereka.

“Cecair badan (najis) tidak lagi mengganggu saya selepas bekerja di Disney,” tulisnya di Reddit.

“Tempat saya bekerja seperti ‘dewan najis’ kerana kekerapan pengunjung yang masuk ke sana dan membuang air besar mereka.

“Kami juga meletakkan kamera dan ia tidak menghalang mereka daripada melakukannya,” tambahnya lagi.

Menurut laman web Queue Times, purata masa menunggu untuk permainan Seven Dwarf Mine Train di Disney’s Magic Kingdom adalah selama 78 minit. Manakala masa menunggu di Space Mountain pula boleh menghampiri sejam.

Bulan lalu, Disney menaikkan harga di taman tema mereka di California dan Florida sebanyak 10% untuk beberapa tiket.

Mereka menaikkan harga di Disneyland sebanyak 8.9% untuk tiket sehari dan meningkatkan kos kepada 194 USD (RM905) untuk memasuki Taman Anaheim.

Syarikat itu juga dikatakan menaikkan harga pas tahunan di Disney World di Orlando sebanyak 10% dengan Incredi-Pas yang sangat mahal.

Ia kini dijual pada harga 1,449 USD (RM6,761) naik sebanyak 50 USD (RM233).

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: New York Post

The post Pengunjung Taman Tema Popular Berak Sambil Berdiri Ketika Beratur Untuk Tarikan Utama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*