Pengurus Restoran Maut Selepas Terperangkap Dalam Peti Beku 6 Jam

pengurus maut terperangkap peti beku

Pengurus Restoran Maut Selepas Terperangkap Dalam Peti Beku 6 Jam

Seorang pengurus besar sebuah restoran makanan segera maut selepas terperangkap dalam peti beku (freezer) semasa bertugas gara-gara tombol pintunya rosak, lapor Miami Herald.

Mangsa, Nguyet Le ditemui mati ‘keras’ di restoran berkenaan di New Iberia, Amerika Syarikat pada petang 11 Mei lalu akibat daripada hipotermia, menurut kenyataan mahkamah.

Difahamkan anak lelaki Le, Nguyen Le bersama seorang lagi pekerja restoran menemui mayatnya selepas mereka tiba di lokasi kejadian pada syifnya.

Sumber polis memaklumkan, hasil siasatan mendapati kesan darah ditemui pada pintu peti beku berkenaan dan mangsa dipercayai sudah cuba membukanya dari dalam sekuat hati namun gagal.

Sehubungan itu jurucakap restoran dalam satu kenyataan pada 26 Mei berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan polis tempatan berhubung tragedi itu.

Peguam Paul Skrabanek, dari firma undang-undang Pierce Skrabanek di Houston, mewakili keluarga mangsa untuk membantu menyiasat kejadian itu.

Kronologi kejadian

Le, mangsa wanita yang berusia 63 tahun terbabit merupakan seorang balu dan ibu kepada empat anak, berkhidmat di restoran tersebut sebagai pengurus besar.

Imbas kembali pada Februari lalu, penyelianya memintanya untuk mengambil tugasan sementara dan bertugas di (restoran) cawangan New Iberia selama empat minggu.

Dalam masa sama, anak sulung mangsa, Nguyen Le turut sama bekerja di situ.

Difahamkan suhu sejuk yang ditetapkan pada peti beku berkenaan adalah -10 darjah Celcius, walau bagaimanapun ia sering direndahkan lagi supaya menjadi lebih sejuk.

Pada hari kejadian 11 Mei lalu, mangsa bertugas seperti biasa di dalam peti beku berkenaan.

Bagaimanapun masalah mula berlaku apabila tombol pintu peti beku berkenaan rosak dan tidak berfungsi, sekali gus menyebabkan mangsa panik.

Menurut kenyataan polis, berdasarkan siasatan, mangsa sudah cuba untuk membuka pintu peti beku tersebut sedaya upayanya namun gagal.

Justeru akibat panik dan dipengaruhi faktor suhu terlalu sejuk, mangsa akhirnya rebah jatuh ke lantai sebelum meninggal dunia.

BACA: Bekas Pengurus Kewangan Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram Berjumlah RM28 Juta

Tombol rosak dan tidak pernah dibaiki

Seorang bekas pekerja di restoran berkenaan memaklumkan, tombol peti beku restoran itu sebenarnya telah pun rosak sejak Ogos 2022.

Malah pekerja hanya terpaksa menggunakan pemutar skru sahaja untuk membuka dan menutup pintu peti beku tersebut.

Selain itu, mereka juga difahamkan akan menggunakan kotak-kotak minyak sebagai ‘selak’ atau penyandal supaya pintu peti tidak tertutup rapat ketika digunakan.

Walaupun selak pintu peti beku itu rosak, namun malangnya ia tidak pernah dibaiki selama hampir sembilan bulan sehinggalah ke hari kejadian mangsa maut.

Kejadian itu membuatkan adik beradik Le menyaman restoran atas kematiannya.

Dengan tuntutan mahkamah tersebut, anak-anak mangsa menegaskan kematian ibu mereka adalah disebabkan oleh kecuaian restoran.

Sumber: Miami Herald via Yahoo!

The post Pengurus Restoran Maut Selepas Terperangkap Dalam Peti Beku 6 Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*