Pengurusan Pengendalian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 Dalam Situasi Banjir

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada situasi banjir  yang melanda beberapa buah negeri di seluruh negara yang turut  memberi kesan kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  tahun 2022. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat  berterusan telah menjejaskan kelancaran pengurusan pengendalian  peperiksaan SPM tahun 2022.  

KPM sentiasa cakna dengan situasi semasa dan siap siaga dengan  prosedur operasi standard dan langkah persediaan yang sewajarnya  bagi memastikan peperiksaan SPM tahun 2022 dapat diteruskan  dengan lancar dan teratur. Pengurusan pengendalian peperiksaan  SPM tahun 2022 dalam situasi banjir dilaksanakan berpandukan  kepada Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir yang Mengancam  Perjalanan Peperiksaan (Operasi Payung) Bil.1/2001. 

Berikutan hujan lebat berterusan pada 1 Mac 2023, sebanyak 17 pusat  peperiksaan di negeri Johor, Pahang dan Sarawak telah terjejas. Daripada jumlah ini, sebanyak tujuh pusat peperiksaan tidak dapat  dibuka disebabkan terputus hubungan dan jalanraya tidak dapat dilalui  oleh semua jenis kenderaan. Di Johor dan Pahang, seramai 195 calon  terkesan dengan banjir namun berjaya digerakkan ke pusat-pusat  peperiksaan yang berhampiran dengan bantuan agensi kerajaan untuk menduduki peperiksaan.

Manakala, seramai 431 calon terkandas dalam banjir dan tidak dapat  hadir di pusat peperiksaan yang dijadualkan atau pusat peperiksaan  yang berhampiran. KPM melalui Lembaga Peperiksaan (LP) sedang  mengumpulkan maklumat terperinci mengenai calon yang terlibat  dan penjadualan semula peperiksaan SPM tahun 2022 akan dilaksanakan  bagi kesemua 431 calon tersebut. 

Semua calon peperiksaan SPM tahun 2022 turut dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri  (JPN) dengan segera sekiranya terkandas dalam banjir dan tidak dapat  hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana  pusat peperiksaan berhampiran. Calon juga boleh menghubungi  talian bilik gerakan banjir yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN  di seluruh negara seperti di lampiran. Penjadualan semula peperiksaan  akan dilaksanakan bagi calon berkenaan setelah mendapat pengesahan  Pengarah Pendidikan Negeri. 

KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik dan akan terus  memantau situasi banjir sepanjang peperiksaan SPM tahun 2022  berlangsung. KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki  peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera. 

 

BILIK GERAKAN LEMBAGA PEPERIKSAAN  

DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI 

NEGERI  BILIK GERAKAN  NOMBOR TELEFON
WP PUTRAJAYA  LEMBAGA PEPERIKSAAN 03-8889 3520
03-8889 3601
03-8889 3551
PERAK  SPP PERAK 05-501 5170
05-501 5176
05-501 5172
SELANGOR  SPP SELANGOR  03-551 86120
PAHANG  SPP PAHANG  09-571 5736
KELANTAN  SPP KELANTAN  09-744 1411
SABAH  SPP SABAH  010-955 6458
JOHOR  SPP JOHOR  07-231 0003
KEDAH  SPP KEDAH 04-740 4237
04-740 4335
04-740 4247
MELAKA  SPP MELAKA  06-232 6467
NEGERI SEMBILAN  SPP NEGERI SEMBILAN  06-765 3347
PULAU PINANG  SPP PULAU PINANG  04-263 1472
PERLIS  SPP PERLIS  04-973 7632
SARAWAK  SPP SARAWAK 082-473 507
082-473 519
082-473 520
TERENGGANU  SPP TERENGGANU  09-621 3038
WP LABUAN  SPP LABUAN  087-468 623
WP PUTRAJAYA  SPP PUTRAJAYA  014-337 9793
WP KUALA LUMPUR  SPP KUALA LUMPUR  03-6204 6180

Nota: 

SPP: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

The post Pengurusan Pengendalian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 Dalam Situasi Banjir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*