Seluar berkilat, subang labuh, Che Ta ‘vogue’ tengok bola

PETALING JAYA – Gaya selebriti terkenal Rozita Che Wan mencuri perhatian peminat apabila tampil glamor sewaktu hadir menyaksikan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Rozita atau mesra disapa Che Ta yang hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya (Malaysia) menentang Thailand bergaya seperti kelaziman walaupun sekadar mahu menyaksikan perlawanan bola sepak.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Che Ta dalam Instagram miliknya, pelakon asal Sungai Petani, Kedah itu bersemangat menyarung jersi pasukan skuad kebangsaan berwarna kuning bersama jaket dengan rona senada.

“Gol!” tulis Che Ta ringkas ketika meraikan jaringan gol oleh penyerang kebangsaan, Faisal Halim.

Tambah mencuri perhatian apabila Che Ta turut mengenakan aksesori berupa subang berlian ‘berjuntai’ untuk melengkapkan gayanya sekali gus menjadikan penampilannya kelihatan cukup glamor.

Bukan itu sahaja, dia turut mengenakan seluar hitam dengan fabrik berkilau (gliter) ketika turun ke stadium yang turut disertai suami iaitu pelakon, Zain Saidin dan abang iparnya, Mazlan Pet Pet.

Seperti biasa, walaupun bersesak-sesak di dalam stadium, pelakon berusia 49 tahun itu tetap tidak boleh melepaskan bulu mata palsu yang sudah menjadi identiti dirinya pada setiap masa.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Che Ta terhibur melihat gaya dan penampilannya yang sering mencuri tumpuan.

“Pergi tengok bola pun lawa,” kata seorang pengikutnya.

“Di mana-mana pun lawa Che Ta,” puji seorang netizen.

“Berkenan sungguh dengan subang labuh Che Ta,” usik seorang peminatnya.

Sekadar info, skuad Harimau Malaya terus menghidupkan impian ke final AFF selepas menewaskan juara bertahan, Thailand 1-0 menerusi jaringan oleh tonggak negara, Faisal Halim pada minit ke 28.

Aksi separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand Selasa ini. – KOSMO! ONLINE

The post Seluar berkilat, subang labuh, Che Ta ‘vogue’ tengok bola appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*