Penunggang Motosikal, Pemandu Kereta Diminta Tampil Buat Laporan

penunggang motosikal laporan

Penunggang Motosikal, Pemandu Kereta Diminta Tampil Buat Laporan

Penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 437.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Gombak hingga tular di media sosial, diminta untuk membuat laporan berkaitan kejadian tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata kira-kira 6.30 petang Isnin, pihaknya mengesan satu video berdurasi seminit di media sosial yang memaparkan kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah kereta dipandu di lorong kecemasan.

“Sebuah motosikal telah datang dari arah belakang dipercayai telah melanggar cermin sisi kereta tersebut tetapi penunggang tidak berhenti dan beredar sejurus kemalangan berlaku.

“Kereta tersebut didapati menggunakan ‘smartlane‘ yang telah diaktifkan,” katanya dalam satu kenyataan pada semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

BACA: “Dia Tak Kosong” Warga Maya Puji Shukri Yahya Berjaya Habiskan Bacaan Surah

Dalam pada itu beliau turut meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

“Hubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mazlan Mohd Arifin di talian 012-4551413 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video yang menunjukkan penunggang motosikal melanggar kereta di lebuh raya.

Sumber: Polis Daerah Gombak/Facebook

The post Penunggang Motosikal, Pemandu Kereta Diminta Tampil Buat Laporan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*