Penunggang Motosikal Rempuh Anggota JPJ Tiada Lesen, Tamat 2012

penunggang motosikal jpj

Penunggang Motosikal Rempuh Anggota JPJ Tiada Lesen, Tamat 2012

Penunggang motosikal yang merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipercayai Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh pada tahun 2012 selain didapati memiliki dua senarai hitam aktif.

JPJ dalam satu kenyataan berkata penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR itu telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Hal ini kerana lesen kenderaan tamat tempoh pada 18 Julai 2012, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten manakala motosikalnya disita.

“Satu laporan polis telah dilakukan dan penunggang motosikal tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” menurut kenyataan itu.

BACA: Tular Warga Asing Ditahan Tiada Lesen, Polis Sahkan Motosikal Dinaiki Milik Anggota PDRM

The post Penunggang Motosikal Rempuh Anggota JPJ Tiada Lesen, Tamat 2012 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*