KKM Batal Notifikasi Dua Produk Kosmetik, Dikesan Kandungi Racun Berjadual

produk kosmetik kandungi racun berjadual

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membatalkan dua notifikasi produk kosmetik kerana kedua-duanya dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan berkata, kedua-dua produk kosmetik terlibat ialah Airee Beautycare Night Cream dan BL Ledehh Day Cream 1.

Menurutnya, Airee Beautycare Night Cream dikesan mengandungi merkuri, manakala BL Ledehh Day Cream 1 pula mengandugi hydroquinone dan tretinoin.

Susulan itu, difahamkan kedua-dua produk kosmetik berkenaan tidak lagi dibenarkan dijual di pasaran dan orang digesa untuk tidak membeli dan menggunakannya.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KKM/Facebook

The post KKM Batal Notifikasi Dua Produk Kosmetik, Dikesan Kandungi Racun Berjadual appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*