Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Datuk M Daud Kilau Meninggal

Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.40 petang di Hospital Teluk Intan hari ini.

Berita duka itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd Akmal Haji Kamaruddin di akaun Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

“‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن

“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali’.

“Al-Fatihah… Dukacita dimaklumkan bahawa Datuk M Daud Kilau telah menghembus nafas terakhirnya (meninggal dunia) jam 4.40 petang di Hospital Teluk Intan, hari ini,” tulisnya di platform tersebut.

BACA JUGA: Safawi Bantu Kuatkan TFC Musim Depan – Steinbruckner

Beliau turut mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan berharap agar sabar dan tabah dengan ketentuan Allah SWT.

“‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya,” katanya lagi.

Menerusi kiriman itu juga, Akmal juga berkongsi beberapa foto ketika beliau menziarahi Allahyarham sebelum ini.

Berita lanjut akan menyusul

Sumber: Facebook Akmal Haji Kamaruddin

The post Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*