Keadaan Masih Lagi Terkawal Walaupun Kes COVID-19 Meningkat – Dr Dzulkefly

keadaan terkawal covid-19

Keadaan Masih Lagi Terkawal Walaupun Kes COVID-19 Meningkat – Dr Dzulkefly

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan secara keseluruhan tahap COVID-19 masih berada dalam keadaan terkawal meskipun kes meningkat.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia berdasarkan data-data penting yang dikumpulkan oleh KKM.

“Berdasarkan apa yang saya sebutkan tadi, matriks ataupun ukuran-ukuran yang diambil sebagai penting seumpama kadar insiden purata COVID-19 bagi tempoh tujuh hari dalam 100,000 kes per 100,000 populasi penduduk (indikator pertamanya).

“Kedua, kita sebutkan sebagai kadar kematian purata dalam tempoh tujuh hari mengikut tarikh kematian (fatality rate) dan yang ketiga, indikator kadar kemasukan pesakit kategori 3,4 dan 5 yang merupakan kes serius,” katanya

Tambahnya bagi pesakit kategori 1 dan 2 boleh melakukan pengasingan seperti biasa di rumah selama lima hari, tetapi bagi tiga kategori tersebut (3,4 dan 5), hospitaliti diperlukan. Ia bagi memastikan kapasiti hospitaliti mampu menampung ‘ledakan’ COVID-19.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang khas berhubung status COVID-19 di Putrajaya pada petang tadi.

Harap Tiada Sekatan Berulang Seperti  PKP Lalu – Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly turut berkata, KKM juga berharap situasi sama tidak akan berulang kembali sepertimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan sebelum ini. Lebih-lebih lagi negara kini berdepan peningkatan wabak itu.

“Malaysia kini sedang menghadapi lonjakan kes COVID-19 yang mendadak. KKM berharap dapat dilalui tanpa perlu mengulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku pada awal pandemik dahulu,” katanya

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan KKM memaklumkan, sebanyak 20,696 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-50 (ME 50/2023) dari 10 Disember 2023 hingga 16 Disember 2023.

BACA JUGA: Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Pelajar Sekolah

Kes tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding dengan kes yang dilaporkan pada ME 49/2023.

Daripada jumlah keseluruhan yang direkodkan, 20,677 kes adalah kes tempatan dengan melibatkan 20,068 warganegara dan 609 bukan warganegara.

Manakala bagi kes import pula sebanyak 19 kes (18 warganegara dan 1 bukan warganegara). Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 151 kes, kes yang melibatkan alat bantuan pernafasan termasuk 96 kes.

Sehingga kini sebanyak 28 kematian direkodkan dengan kadar kematian 0.01 peratus melibatkan 18 kluster.

“Daripada 20,696 kes mingguan yang dilaporkan, 20,077 kes (97 peratus) lagi adalah kategori 1 dan 2. Manakala 619 kes (3.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5,” maklum KKM dalam kenyataan tersebut.

Sumber: FB KKM

The post Keadaan Masih Lagi Terkawal Walaupun Kes COVID-19 Meningkat – Dr Dzulkefly appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*