Penyelidik Percaya Piramid Tertua Di Dunia Ada Di Indonesia, Dipercayai Dibina 16,000 -27,000 Tahun Dulu

piramid indonesia tertua

Penyelidik Percaya Piramid Tertua Di Dunia Ada Di Indonesia, Dipercayai Dibina 16,000 -27,000 Tahun Dulu

Sekumpulan ahli arkeologi percaya piramid yang tertanam di dalam Gunung Padang, di Indonesia mungkin adalah yang tertua di dunia.

Malah, piramid berkenaan juga dipercayai lebih tua daripada mana-mana struktur monolitik yang ditemui ketika ini, termasuk Stonehenge di England dan Giza di Mesir. Kedua-dua struktur berkenaan dianggarkan berusia sekitar 5,000 tahun.

Gunung Padang yang membawa maksud ‘Gunung Pencerahan’ merupakan sebuah gunung berapi yang terletak di Jawa Barat.

Analisis terkini yang dibuat menyebabkan kumpulan saintis berkenaan percaya bahawa satu masyarakat purba mungkin mengukir struktur piramid berkenaan di dalam teras gunung berkenaan ribuan tahun dahulu.

Piramid tertua di dunia mungkin ada di Indonesia

Menurut BBC, hasil analisis itu diperolehi menerusi kajian terperinci oleh ahli arkeologi daripada Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan Indonesia bermula dari 2011 sehingga 2015.

Kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan pelbagai teknik kajian untuk mengumpul bukti seperti pemetaan radar bawah tanah serta mengorek struktur berkenaan.

Menerusi kajian berkenaan, mereka berjaya mengumpul beberapa maklumat penting yang dapat memberikan sedikit gambaran berkenaan piramid tersebut.

Dibina sekurang-kurangnya 16,000 tahun lepas atau lebih lama

Mereka percaya, piramid berkenaan dibina bermula Zaman Glacial terakhir (tempoh dimana Bumi menjadi sejuk), sekurang-kurangnya 16,000 tahun lepas. Malah, ada kemungkinan pembinaan bermula lebih awal iaitu kira-kira 27,000 tahun dahulu.

Bahagian teras struktur berkenaan pula dipercayai dibina diantara 25,000 dan 14,000 SM, bagaimanapun terbengkalai untuk tempoh beberapa ribu tahun.

Namun begitu, pembinaan diteruskan semula sekitar 7,900 dan 6,100 SM. Dalam tempoh ini, pembina dipercayai telah menanam sebahagian struktur atas sebab-sebab tertentu.

Pembinaan piramid berkenaan selesai sekitar 2,000 sehingga 1,100 SM, menambah struktur teres batu yang dapat dilihat di gunung tersebut pada hari ini.

Setakat ini, kumpulan penyelidik berkenaan berkata kajian lanjut masih diperlukan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Antaranya untuk mengenal pasti masyarakat purba mana yang membina piramid berkenaan dan apakah tujuan struktur berkenaan dibina.

BACA: MetMalaysia Tidak Keluar Amaran Tsunami, Siren Berbunyi Dikhuatiri Masalah Teknikal

Sumber: BBC

The post Penyelidik Percaya Piramid Tertua Di Dunia Ada Di Indonesia, Dipercayai Dibina 16,000 -27,000 Tahun Dulu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*