Untung RM76.76 Bilion, Bos Citadel Belanja 1,200 Staf & Keluarga Bercuti Di Tokyo Disneyland

bos citadel tokyo disneyland

Untung RM76.76 Bilion, Bos Citadel Belanja 1,200 Staf & Keluarga Bercuti Di Tokyo Disneyland

Pengasas Citadel & Citadel Securities, Ken Griffin mencuri tumpuan baru-baru ini apabila menganjurkan percutian mewah untuk 1,200 stafnya dan ahli keluarga mereka.

Menurut laporan Entrepreneur, Griffin yang juga seorang billionaire melalui syarikatnya menanggung semua perbelanjaan percutian tersebut termasuk tiket penerbangan, makanan dan tempat tinggal.

1,200 orang kakitangan pejabat cawangan Asia Pasifik daripada enam buah negara iaitu Hong Kong, Singapura, Sydney, Shanghai, Tokyo dan Gurungam menikmati percutian berkenaan pada Oktober lepas.

Pada Disember 2022, Griffin menganjurkan percutian ke Disney World dan Universal Studio di Orlando, Amerika Syarikat untuk 10,000 kakitangannya. Dalam percutian berkenaan, Citadel turut menjemput Coldplay untuk mengadakan persembahan khas.

Bos Citadel belanja staf bercuti di Tokyo Disneyland

Entrepreneur berkata, percutian berkenaan diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 Citadel Securities dan ke-30 Citadel.

Sambutan berkenaan sepatutnya diadakan pada 2020 namun tidak dapat diadakan kerana pandemik dan beberapa alasan yang lain.

Bagaimanapun, kakitangan pejabat Asia Pasifik dan ahli keluarga mereka tidak dapat menyertai sambutan di Orlando kerana beberapa langkah kawalan pandemik masih dikuatkuasakan.

Justeru, percutian di Tokyo Disney pada bulan lepas adalah percutian ganti sempena sambutan tersebut untuk kakitangan pejabat berkenaan.

Selain menaja semua perbelanjaan, Citadel juga menganjurkan parti khas yang dimeriahkan dengan kehadiran artis terkemuka, Maroon 5 dan Calvin Harris.

Selain bercuti, artis terkemuka dunia turut dibawa untuk membuat persembahan khas

Malah, semua kakitangan dan ahli keluarga mereka juga mendapat pas ekspress untuk menikmati hiburan di Tokyo Disneyland.

Difahamkan, Griffin sendiri turut menyertai percutian tersebut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Citadel Securities, Peng Zhao.

Terdahulu pada Januari, Citadel mencatatkan keuntungan bersih tahun 2022 sebanyak AS$16 bilion (RM75.76 bilion). Ia merupakan jumlah keuntungan tertinggi yang pernah dicatatkan oleh sebuah syarikat dana lindung nilai.

Menurut Bloomberg, Griffin memiliki kekayaan bersih bernilai AS$35.4 bilion (RM167.42 bilion).

BACA: Penyelidik Percaya Piramid Tertua Di Dunia Ada Di Indonesia, Dipercayai Dibina 16,000 -27,000 Tahun Dulu

Sumber: Entrepreneur

The post Untung RM76.76 Bilion, Bos Citadel Belanja 1,200 Staf & Keluarga Bercuti Di Tokyo Disneyland appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*